Call of Duty: Warzone mempunyai sistem respawn yang agak unik apabila dibandingkan dengan permainan battle royale lain. Selagi pemain mati sekali, mereka akan diberi peluang untuk respawn selepas memenangi pertarungan 1v1 di Gulag. Ini membawa kepada beberapa aksi pertarungan yang agak sengit. Walau bagaimanapun, terdapat cara untuk bertahan hidup dengan lebih mudah.
Don't waste your time punching enemies in the gulag! Give them a tag and make them easier to see 😉
byu/PublicWest inCODWarzone
Sambil menunggu giliran untuk bertarung, pemain boleh menyemburkan cat pada pihak lawan sebelum menghadapi mereka di Gulag. Sembur musuh dengan cat berwarna cerah agar mereka lebih mudah ditemui. Sudah tentu, pemain tidak tahu siapakah mereka akan bertarung di Gulag, jadi mereka perlu menyembur cat pada setiap musuh yang mereka jumpa. Jangan risau! Ini bukanlah satu-satunya kaedah.
Killed someone in the Gulag by throwing a rock at their claymore.
byu/CJLito inCODWarzone
Jika rasa diri anda tidak cukup hebat, anda boleh mengasah kemahiran dengan memainkan mod Gunfight 2v2, yang mempunyai peraturan yang sama seperti Gulag. Selepas menggabungkan kemahiran anda dengan helah-helah ini, saya jamin anda akan sentiasa menang di Gulag!

@gamersantaimy
Discussion about this post