Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Persona5: The Phantom X Sah Tiba Di Malaysia Pada 3 Julai 2025, Pra-pendaftaran Kini Dibuka

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 29, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, RPG, Steam, Turn-Based
0 0
0
Persona5: The Phantom X Sah Tiba Di Malaysia Pada 3 Julai 2025, Pra-pendaftaran Kini Dibuka
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pelancaran berjaya di China, Hong Kong dan Macau, Taiwan, serta Korea Selatan pada April 2024, Persona5: The Phantom X akhirnya bakal menemui peminat di Malaysia.

Game yang dinanti-nantikan ini akan dilancarkan pada 3 Julai 2025 untuk peranti mobile dan PC, menawarkan pertarungan turn-based yang sinonim dengan siri ini, bersama barisan baru Phantom Thieves.

Dibangunkan hasil kerjasama antara P-Studio di bawah Atlus dan pembangun China, Black Wing Games di bawah Perfect World Games, Persona5: The Phantom X dioptimumkan khas untuk peranti mobile, membawa pemain kembali ke dunia Persona 5 yang penuh misteri.

Pemain akan mengendalikan watak Wonder, seorang pelajar Tingkatan Dua di Kokatsu Academy, yang kehidupannya berubah secara mendadak selepas bertemu dengan makhluk misteri berbentuk burung hantu bernama Lufel.

Sepanjang penerokaan rahsia di sebalik masyarakat yang kehilangan “keinginan”, pemain akan membentuk pasukan baru Phantom Thieves dan memulakan misi untuk memulihkan semula intipati kemanusiaan yang semakin pudar.

Kredit: Perfect World Games

Sebagai sebuah game berasaskan model perkhidmatan langsung, Persona5: The Phantom X menawarkan pengembaraan yang sentiasa berkembang.

Game ini mengekalkan elemen utama yang sinonim dengan siri Persona, seperti combat turn-based, penerokaan dungeon, pengurusan masa, serta pembentukan hubungan sosial, sambil memperkenalkan pelbagai sistem baru yang eksklusif untuk edisi ini.

Pemain boleh mengambil kerja sambilan, menyertai kelab selepas sekolah, memperkukuh Persona mereka, dan membina statistik sosial, semuanya dalam jalan cerita asli yang menarik.

Lebih menarik lagi, watak-watak kegemaran seperti Joker, Ann Takamaki, dan Ryuji Sakamoto akan membuat penampilan istimewa melalui kontrak eksklusif dalam game.

Tambahan baru yang diperkenalkan termasuk Velvet Trials, mod cabaran PvE, kawasan Mementos yang lebih besar untuk diterokai, pelbagai mini game, dan fungsi membentuk atau menyertai Guild, memberikan ruang untuk kerjasama dan persaingan antara pemain.

Kredit: Perfect World Games

Sejak pelancarannya di peringkat serantau, Persona5: The Phantom X menerima pujian atas jalan ceritanya yang menarik serta barisan watak baru yang dinamik—sesuatu yang disifatkan peminat sebagai setanding dengan standard tinggi Persona 5 original.

Penerimaan positif ini tidaklah mengejutkan, memandangkan projek ini diselia oleh tenaga berpengalaman seperti Penerbit Utama Kazuhisa Wada, Komposer Ryota Kozuka, dan Pereka Watak Shigenori Soejima.

Kredit: Perfect World Games

Pra-pendaftaran kini telah dibuka di iOS App Store dan Google Play, dengan ganjaran menarik yang akan diagihkan kepada pemain semasa pelancaran melalui peti mel dalam game . Ganjaran berdasarkan pencapaian pra-pendaftaran termasuk:

  • 50,000 pra-pendaftaran: 10 cabutan percuma untuk watak
  • 100,000 pra-pendaftaran: 5 cabutan percuma untuk senjata
  • 200,000 pra-pendaftaran: Kostum eksklusif untuk watak utama

(Ganjaran tambahan akan diumumkan dari semasa ke semasa.)

Kredit: Perfect World Games

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Persona5: The Phantom X
ShareTweetSend
Previous Post

Previu RAIDOU Remastered: The Mystery of the Soulless Army – Ikon Era PS2 Dengan Wajah Baru

Next Post

Limbo & Tiny Tina’s Wonderlands Percuma Di Epic Games Store!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Limbo & Tiny Tina’s Wonderlands Percuma Di Epic Games Store!

Limbo & Tiny Tina's Wonderlands Percuma Di Epic Games Store!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd