Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Limbo & Tiny Tina’s Wonderlands Percuma Di Epic Games Store!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 30, 2025
in 2D/ Pixel, Action, Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, PC, Platformer, Puzzle, RPG
0 0
0
Limbo & Tiny Tina’s Wonderlands Percuma Di Epic Games Store!
Share on FacebookShare on Twitter

Epic Games Store kini memberikan peluang menarik kepada pemain dengan menawarkan dua game terkenal secara percuma: Limbo dan Tiny Tina’s Wonderlands.

Tawaran ini adalah sebahagian daripada promosi mingguan mereka dan boleh ditebus tanpa sebarang bayaran sehingga 5 Jun 2025, jam 11:00 malam. Setelah dituntut, kedua-dua game ini akan kekal dalam pustaka anda secara kekal.

Roll for initiative and watch out for those spider legs!

Enjoy these games while they’re FREE this week. https://t.co/mqSSRoz26l
🖥️ Available on PC Only: Tiny Tina’s Wonderlands
🖥️📱 Available on PC and Mobile: Limbo pic.twitter.com/z4jYht7PUM

— Epic Games Store (@EpicGames) May 29, 2025

Untuk menebus Limbo dan Tiny Tina’s Wonderlands, hanya perlu log masuk ke akaun Epic Games Store anda melalui laman web atau launcher mereka. Limbo boleh dimainkan di PC dan peranti mobile, manakala Tiny Tina’s Wonderlands eksklusif untuk PC.

Dengan menebus kedua-dua game ini secara percuma, anda sebenarnya berjimat sebanyak RM215.75 — Limbo biasanya dijual pada harga RM26.75, manakala Tiny Tina’s Wonderlands pula berharga RM189.

Ia satu peluang yang sangat baik untuk menambah dua game berkualiti tinggi ke dalam koleksi anda, masing-masing menawarkan pengalaman yang unik dan menyeronokkan.

Limbo

Limbo, karya Playdead, adalah puzzle-platformer 2D yang terkenal dengan gaya visual minimalis dan suasana seram. Dalam game ini, anda mengawal seorang budak tanpa nama yang mengembara melalui dunia monokromatik penuh dengan bahaya, jerat maut, dan makhluk-makhluk aneh.

Kisah Limbo dibiarkan samar-samar, mencetus rasa ingin tahu pemain untuk menyelami perjalanan misteri si budak yang sedang mencari adiknya. Game ini banyak bergantung kepada penyelesaian teka-teki persekitaran dan mengelak daripada pelbagai ancaman, dengan mekanik trial-and-error.

Dengan visual yang mencolok dan reka bentuk bunyi yang mencipta suasana mengerikan, Limbo menawarkan pengalaman selama 3-5 jam yang pasti meninggalkan kesan mendalam.

Tiny Tina’s Wonderlands

Tiny Tina’s Wonderlands pula adalah spin-off daripada siri Borderlands hasil ciptaan Gearbox Software, yang membawa sentuhan RPG looter-shooter dengan elemen fantasi.

Game ini berlangsung dalam dunia yang diinspirasikan oleh permainan papan RPG, di mana anda mencipta watak sendiri dan menjelajah dunia huru-hara di bawah bimbingan Tiny Tina yang tidak dijangka.

Gabungan combat first-person yang pantas, sistem loot yang kaya, magic, dan abiliti rawak memberikan pengalaman bermain yang segar dan penuh variasi. Cerita utama mengikuti watak ciptaan anda bersama rakan-rakan seperti Valentine dan Frette dalam usaha menewaskan Dragon Lord yang kejam.

Dipenuhi humor, visual bertenaga, dan mod multiplayer co-op, game ini menawarkan sekitar 15-20 jam untuk cerita utama, dengan kandungan sampingan yang menambah jam tambahan bagi mereka yang ingin menerokai lebih banyak lagi.

Tags: epic games storeLimboTiny Tina's Wonderlands
ShareTweetSend
Previous Post

Persona5: The Phantom X Sah Tiba Di Malaysia Pada 3 Julai 2025, Pra-pendaftaran Kini Dibuka

Next Post

Elden Ring Nightreign Catat Lebih 300,000 Pemain Di Steam Pada Hari Pelancaran!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Elden Ring Nightreign Catat Lebih 300,000 Pemain Di Steam Pada Hari Pelancaran!

Elden Ring Nightreign Catat Lebih 300,000 Pemain Di Steam Pada Hari Pelancaran!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd