Hari ini, SEGA telah berkongsi butiran baharu tentang DLC Repaint Your Heart Challenge Pack untuk Persona 5 Tactica— game RPG taktikal terbaru daripada ATLUS di mana kita dibawa ke pengalaman Persona serba baharu bersama watak lain daripada lain, mekanik pertempuran unik dan ciri bonus selepas jelas.
Walaupun sekadar DLC, Repaint Your Heart Challenge Pack akan dikeluarkan sekaligus bersama base game Persona 5 Tactica pada 17 November 2023 untuk Xbox Game Pass, Xbox Series X|S, Xbox One, Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch dan Steam.
Repaint Your Heart turut disertakan dalam Persona 5 Tactica: Digital Deluxe Edition tetapi anda juga boleh mendapatkannya dengan membeli Persona 5 Tactica: DLC All in One yang dijual secara berasingan.
Berikut adalah info lengkap tentang DLC:
Dunia Underground Baru Bernama “The Streets” dan “Guernica” yang Menggerunkan

Guernica ialah artis jalanan lincah yang menganggap seluruh bandar sebagai kanvasnya. Dia mencipta karya seni besar-besaran dalam satu malam dan akan hilang tanpa jejak. Aktivitinya mula menarik perhatian orang ramai apabila grafiti misteri mula muncul di setiap pelosok bandar. Antaranya ialah sosok Arsène yang identitinya hanya diketahui oleh pengguna Persona…

Mesej daripada Kasumi Yoshizawa memaksa Joker untuk pergi ke tempat kejadian. Apabila tiba, dia bertemu dengan Goro Akechi, yang ditugaskan untuk menyiasat tempat kejadian. Sedang bercakap tentang mural itu, perbualan mereka diganggu oleh bisikan: “Saya perlukan kuasa awak… untuk mengubah hati!”

Mural di dinding mula bersinar, menarik mereka bertiga ke dalam. Apabila bangun, ketiga-tiga mendapati diri mereka berada di lorong bercahaya malap yang diliputi seni jalanan dan dikelilingi oleh samseng bersenjatakan paintgun.

Selepas menangkis sekumpulan samseng itu, mereka melihat penduduk dunia sedang melarikan diri dalam ketakutan. Individu di sebalik huru-hara itu rupanya adalah Guernica, artis jalanan sama yang menimbulkan kekecohan di dunia sebenar.
Penambahan “Cat Warna” Mengubah Mekanik Pertempuran dalam DLC!

DLC ini menambah mekanik serba baharu yang mengubah sepenuhnya gameplay sistem pertempuran dalam Persona 5 Tactica. Akechi, Kasumi, dan Joker masih perlu berlindung di sebalik objek atau struktur untuk mengatasi musuh, tetapi mereka juga perlu menggunakan satu taktik baharu iaitu —cat warna.

Mencederakan musuh akan “mewarnakan” persekitaran sekeliling dalam warna pasukan anda. Jika pihak lawan berdiri di kawasan berwarna itu, mereka tidak dapat “guard” dan akan terdedah kepada “knocked down”. Tetapi hati-hati kerana perkara yang sama boleh berlaku kepada anda! Jika anda berada di kawasan milik warna musuh, anda tidak akan dapat menyerang dan akan terdedah walaupun sedang menyorok belakang struktur.
Nikmati Ciri Tambahan Selepas Menyelesaikan DLC!

Menamatkan kedua-dua main story dan DLC akan membolehkan anda menggunakan Akechi dan Kasumi sebagai unit eksklusif dalam jalan cerita. Unit ini tidak akan memberi kesan pada naratif atau perbualan antara watak.
Tambahan pula, anda juga akan unlock Challenge Stages! Cabaran ini mengandungi “syarat menang” sukar seperti mengehadkan Persona, skill dan unit yang boleh digunakan!
Dapatkan segala berita kami tentang Persona 5 Tactica di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post