Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Perokok Tegar Sanggup Berhenti Merokok Demi GTA 6!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 1, 2023
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Perokok Tegar Sanggup Berhenti Merokok Demi GTA 6!
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang peminat Grand Theft Auto (GTA) baru-baru ini meluahkan hasrat untuk berhenti merokok dan nampaknya motivasi utama adalah supaya dia boleh berada dalam keadaan kesihatan yang terbaik untuk bermain game GTA 6 akan datang. Luahan itu dibuat dalam subreddit Grand Theft Auto 6, yang telah menarik banyak komen positif dan menggalakkan daripada rakan peminat.

GTA 6 anticipation has got me to quit smoking
byu/RoeJoganLife inGTA6

Bagi mereka yang tidak tahu, GTA 6 ialah entri terbaru dalam siri Grand Theft Auto ciptaan Rockstar. Jangkaan peminat amat tinggi sejak 8 November, apabila Rockstar mengumumkan rancangan mereka untuk mengeluarkan trailer pertama pada bulan Disember. Walaupun game itu dirujuk sebagai ‘game Grand Theft Auto yang seterusnya’ dalam pengumuman rasmi, peminat telah pun mula memanggilnya sebagai GTA 6.

Kredit: Rockstar

Di subreddit GTA6, seorang lelaki bernama @RoeJoganLife berkongsi posting yang menerangkan bagaimana semangatnya untuk GTA 6 telah membantu dalam keputusannya untuk berhenti merokok. Dalam posting itu, perokok tegar itu menjelaskan bagaimana dia ingin berada dalam keadaan paling sihat mungkin supaya dapat menikmati game terbaharu dalam siri. Sebagai respon, lelaki itu menerima banyak kata-kata sokongan daripada komuniti GTA di Reddit, dengan lebih 1.5K upvote dan lebih 100 komen positif.

Kredit: Rockstar

Dalam komen seterusnya, RoeJoganLife mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas dorongan , sambil berkata;

“Sekarang adalah hari ke-11, dan saya membawa anjing (berjalan-jalan) dengan kopi, senyuman di wajah saya, dan tanpa rokok.”

Kredit: Rockstar

Kami pasti anda juga tidak sabar untuk melihat entri baharu GTA untuk dunia gaming moden ini. Memandangkan trailer tersebut akan didedahkan pada awal Disember, ada kemungkinan besar ia akan didedahkan semasa acara The Game Awards yang akan berlangsung pada 7 Disember nanti. Sudah pasti ada banyak lagi pengumuman hebat yang akan menanti peminat pada hari itu. Bolehlah simpan dahulu tarikh tersebut!

Apa yang anda ingin lihat dalam GTA 6 nanti? Boleh kongsikan idea anda di ruang komen! Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: grand theft autogta 6
ShareTweetSend
Previous Post

Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board Bakal Lancar Pada April 2024 Secara Global!

Next Post

Filem Pendekar Awang – Darah Indera Gajah Akan Datang 2024, Sekuel Kepada Mat Kilau!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Filem Pendekar Awang – Darah Indera Gajah Akan Datang 2024, Sekuel Kepada Mat Kilau!

Filem Pendekar Awang - Darah Indera Gajah Akan Datang 2024, Sekuel Kepada Mat Kilau!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd