Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Pendekar Awang – Darah Indera Gajah Akan Datang 2024, Sekuel Kepada Mat Kilau!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 1, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Tempatan
0 0
0
Filem Pendekar Awang – Darah Indera Gajah Akan Datang 2024, Sekuel Kepada Mat Kilau!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, kita dapat pengesahan oleh Studio Kembara bahawa Pendekar Awang – Darah Indera Gajah, filem sekuel kepada Mat Kilau akan ditayangkan di Malaysia pada tahun 2024. Tarikh keluaran tepat tidak diumumkan tetapi mereka telah menayangkan trailer pertama di mana anda boleh tonton di bawah:

Sinopsis

Kredit: Studio Kembara

Setiap zaman…di tanah berdaulat ini ada pahlawannya.

Apa guna bercita besar,
Kalau kerdil di dalam hati,
Apa guna hidup pendekar,
Kalau takut pada mati.

Wahai lelaki berhati Pendekar,
BANGKIT!

AKAN DATANG 2024 ini menggegarkan pawagam seluruh negara dengan sekuelnya! Filem PENDEKAR AWANG penuh aksi tanpa henti, menyaksikan keberanian dan pengorbanan pahlawan-pahlawan Melayu membebaskan bumi tanah tumpah kita.

Sudahkah anda bersedia?

Barisan Pelakon

Kredit: Studio Kembara
  • Fattah Amin sebagai Awang
  • Nur Fazura sebagai Sayang
  • Namron sebagai Hj Sulong
  • Nadhir Nasar sebagai Tahir
  • Reza Hilman sebagai Dahlan
  • Amir Ahnaf sebagai Andak
  • Wak Di sebagai Jalak
  • Geoff Andre Feyaerts sebagai Captain Syers
  •  Hanafi Su sebagai Tok Gajah
  • Tissa Biani sebagai Besah
  • Syed Ali sebagai Nadim
  • Andy Teh sebagai Sachai
  • Ali Karimi sebagai Brahim
  • Amerul Affendi sebagai Tobah
Kredit: Studio Kembara

Sebelum ini, Ismail Mohd. Dali selaku wakil Kembara Studio, ditanya oleh Utusan Malaysia jika filem Pendekar Awang mampu mengulangi kejayaan Mat Kilau. Dia jawab;

“Saya tak berani nak cakap, tapi jujurnya sukar untuk kita ulangi pencapaian Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang merekodkan jumlah kutipan panggung yang memberangsangkan.

“Kita merujuk pada dua situasi berbeza. Mat Kilau dipasarkan pada fasa masyarakat dahagakan hiburan, berpusu-pusu ke pawagam selepas terpaksa berkurung di rumah kerana pandemik.

“Sekarang senarionya lain. Apapun kita serahkan kepada penonton. Tidaklah dapat dipastikan sama ada Pendekar Awang dapat menyaingi Mat Kilau dari segi kutipan,”

“Kita mengangkat hero yang tidak didendang seperti Awang yang memang wujud dan mempunyai pertalian dengan Mat Kilau. Filem ini juga mengupas tentang perjuangan isteri Awang yang bersama-sama menentang penjajahan,” katanya.


Sekali lagi saya ingatkan, Pendekar Awang – Darah Indera Gajah, filem sekuel kepada Mat Kilau akan ditayangkan di Malaysia pada tahun 2024.

Dapatkan segala berita kami tentang filem terkini di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
ShareTweetSend
Previous Post

Perokok Tegar Sanggup Berhenti Merokok Demi GTA 6!

Next Post

Senarai Filem Hebat Bakal Tiba di Pawagam Malaysia Pada Bulan Disember 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!
Filem

Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!

June 25, 2025
NTE Umum Closed Beta Test Baru pada 3 Julai, Gameplay Ala GTA Turut Diperkenalkan
Beta

NTE Umum Closed Beta Test Baru pada 3 Julai, Gameplay Ala GTA Turut Diperkenalkan

June 25, 2025
POCO F7 Kini Di Malaysia, Harga Early Bird Bermula RM 1,599!
Smartphone

POCO F7 Kini Di Malaysia, Harga Early Bird Bermula RM 1,599!

June 25, 2025
Next Post
Senarai Filem Hebat Bakal Tiba di Pawagam Malaysia Pada Bulan Disember 2023!

Senarai Filem Hebat Bakal Tiba di Pawagam Malaysia Pada Bulan Disember 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd