Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Perlawanan sengit Sentinels vs The Guard, Shroud cuba jadi penyelamat

safwan by safwan
August 5, 2022
in Action, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, Livestream, PC, Shooter
0 0
0
Perlawanan sengit Sentinels vs The Guard, Shroud cuba jadi penyelamat
Share on FacebookShare on Twitter

Awal pagi tadi telah berlangsungnya perlawanan yang dinantikan oleh ramai orang di mana pasukan Sentinels bertemu pasukan The Guard di LCQ NA Valorant. Dengan pasukan Sentinels baru sahaja menandatangani pemain dan streamer terkenal iaitu Shroud, ramai penonton yang menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada pasukan Sentinels.

Sumber: Valorant Champions Tour NA

Namun, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Sentinels dikalahkan dengan skor 1 berbalas 2 kepada pasukan The Guard. Walaupun mereka dikalahkan, perlawanan mereka sangat menarik sehingga ke pusingan “overtime” untuk map pertama dan ketiga.

Pada map pertama di Breeza, Sentinels bermula dengan sangat baik dengan skor 7-5 pada separuh masa pertama dan The Guard cuba mengejar balik sehingga ke pusingan “overtime.” Nasib berpihak kepada pasukan Sentinels dan menang pusingan “overtime” dengan skor 3 berbalas 1.

SHROUD WITH THE 3K TO TAKE MAP 1! pic.twitter.com/tSzHRbMfFx

— Valorant News (@ValorINTEL) August 4, 2022

Pusingan “overtime” itu berakhir dengan Shroud membunuh 3 orang pemain The Guard di Site A. Shroud yang berada di “CT Spawn” dapat mengawal “spray” dan membunuh ketiga-tiga pemain pasukan The Guard dengan jarak lebih kurang 30 meter.

Untuk map kedua iaitu Ascent, Sentinel masih mendominasi 4 pusingan awal tetapi pasukan The Guard dapat mengejarnya kembali dan berakhir dengan skor 6-6 pada pusingan pertama. Masuk sahaja separuh masa kedua, The Guard mula mengganas dengan mendominasi perlawanan sehingga Sentinels ketinggalan skor sangat jauh iaitu 12-7.

WHAT CAN'T @VALYNGOD DO!? @TheGuard | #VALORANTLCQ pic.twitter.com/20cBXLYsJE

— VALORANT Esports NA (@valesportsna) August 4, 2022

Namun, dengan skor tersebut, pasukan Sentinels tidak mengalah dan terus bersaingan dengan mengutip skor sebanyak 3 mata sekali gus menjadikan skor 12-10. Apakan daya, pasukan The Guard hanya memerlukan satu pusingan sahaja untuk menutup perlawanan tersebut dan bergerak ke map 3 iaitu Icebox. Perlawanan di map kedua berakhir dengan pasukan The Guard menang bersama skor 13-10.

Bergerak kepada map ketiga di Icebox, Sentinel sekali lagi mendominasi pusingan awal tetapi mereka kehilangan momentum selepas memenangi pusingan bonus (ketiga) dan perlawanan di ambil alih oleh pasukan The Guard. Separuh masa pertama berakhir dengan skor 7-5 berpihak kepada The Guard.

SHROUD WITH THE 4K TO HELP SENTINELS IN OT! WOW!!! pic.twitter.com/LCbiuqG3AP

— Valorant News (@ValorINTEL) August 4, 2022

Perlawanan diteruskan lagi, nampaknya kedua-dua pasukan memberikan yang terbaik untuk memenangi perlawanan ini sehingga membawa kepada pusingan “overtime.” Di pusingan “overtime”, pasukan mengekalkan rentak perlawanan mereka dengan memenangi pusingan pertama. Tetapi ia bukan penghalang kepada pasukan The Guard untuk memenangi perlawanan ini. Akhirnya perlawanan berakhir dengan skor 15 berbalas 13 dan kemenangan berpihak kepada pasukan The Guard.

Had to lose map 1 for the viewership. 😉

The 𝗽𝗲𝗿𝗳𝗲𝗰𝘁 way to kick off LCQ!!

GGs @Sentinels #StandGuard pic.twitter.com/tF6hmMqcCh

— The Guard (@TheGuard) August 4, 2022

Jika kita tengok perlawanan untuk ketiga-tiga map, Sentinels selalu mendominasi pusingan awal dan kalah pada pusingan seterusnya. Namun, mereka tidak mengalah begitu sahaja dan cuba mengejar kembali di separuh masa kedua dan membawa perlawanan ke pusingan “overtime.”

Shroud yang berperanan sebagai Controller, dia tidak dapat mencapai prestasi yang dimahukan oleh peminat. Tidak lupa juga, dia yang sering menyelamatkan Sentinels semasa pusingan penting dan mengubah corak permainan Sentinels.

Walau bagaimanapun, ramai peminat masih bergembira kerana pasukan Sentinels masih belum tersingkir dan akan bermain di “lower bracket” pada 7 Ogos 2022. Ini adalah peluang terakhir bagi pasukan ini sebelum melangkah ke “grand final” LCQ NA Valorant.

Sumber: Valorant Champions Tour NA

Apa pendapat korang tentang perlawanan yang sangat sengit diantara Sentinels dan The Guard di LCQ NA Valorant pagi tadi? Kongsikan pendapat korang, di ruang komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita e-sport, game, anime dan banyak lagi daripada kami.

Tags: LCQ NA ValorantSentinelsShroudThe GuardVALORANT
Previous Post

Joker 2 Akan Tayang Pada 4 Oktober 2024, Lady Gaga Mungkin Pegang Watak Penting Filem!

Next Post

Kawaki masuk Akademi Ninja bersama Himawari, anime Boruto teruskan filler

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Kawaki masuk Akademi Ninja bersama Himawari, anime Boruto teruskan filler

Kawaki masuk Akademi Ninja bersama Himawari, anime Boruto teruskan filler

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd