Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Joker 2 Akan Tayang Pada 4 Oktober 2024, Lady Gaga Mungkin Pegang Watak Penting Filem!

Maira by Maira
August 5, 2022
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Joker 2 Akan Tayang Pada 4 Oktober 2024, Lady Gaga Mungkin Pegang Watak Penting Filem!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan Jun lalu, tajuk untuk filem Joker 2 telahpun didedahkan iaitu Joker: Folie à Deux. Kini tarikh tayangan serta pelakon tambahan juga telah didedahkan. Paling mengejutkan sekali, Lady Gaga akan sertai barisan pelakon Joker 2 mungkin sebagai Harley Quinn. Jom kami ceritakan dengan lebih lanjut.

Melalui Twitter Lady Gaga, dia telah melepaskan tweet bersama video yang menunjukkan nama pelakon Joker, Joaquin Phoenix dan namanya sendiri dalam video tersebut. Lebih menarik sekali dalam video itu muka Lady Gaga mempunyai tatu yang sama pada muka Harley Quinn. Tetapi tiada pengesahan lanjut diberikan mengenainya.

Joker: Folie à Deux
10.04.24 pic.twitter.com/obp7T9lBFL

— Lady Gaga (@ladygaga) August 4, 2022

Dalam tweet yang sama, tarikh rasmi untuk pelepasan filem itu juga telah didedahkan iaitu pada 4 Oktober 2024. Lama lagilah untuk kita dapatkan trailer buat masa ini. Filem Joker 2 ini juga dikatakan sebagai sebuah filem muzikal. Jadi penonton mungkin akan disajikan dengan sebuah kisah hura-hara oleh Joker dan Harley Quinn sambil mereka menari dan bernyanyi nanti. Memang sedikit berbeza daripada filem pertama.

Kalau anda ingin tahu, frasa “Folie à Deux” merujuk kepada gangguan hayalan. Dengan satu-satunya teman Joker, Harley penonton mungkin akan lihat sesuatu yang lebih gila dalam filem sekuel ini. Harap-harap berita lanjut mengenai filem ini akan didedahkan lagi pada masa depan. Mungkin kita juga akan dapat pengesahan tentang watak yang akan dipegang oleh Lady Gaga dalam Joker 2.

Bercerita tentang Joker, ia merupakan sebuah filem yang berdasarkan daripada villain dalam DC Universe dan ditayangkan pada tahun 2019. Ia memaparkan seorang pelawak yang sedang bergelut dengan masalah mentalnya, yang akhirnya melahirkan watak ikonik DC yang dikenali ramai.

Anda yang belum menonton filem ini, boleh menontonnya melalui Netflix ataupun menyewanya di Google Movies berharga RM 13. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: Joker 2Joker: Folie à DeuxLady Gaga
Previous Post

Game action RPG 3D, Aether Gazer kini buka pra-daftar di Android & iOS!

Next Post

Perlawanan sengit Sentinels vs The Guard, Shroud cuba jadi penyelamat

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Perlawanan sengit Sentinels vs The Guard, Shroud cuba jadi penyelamat

Perlawanan sengit Sentinels vs The Guard, Shroud cuba jadi penyelamat

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd