Epic Games akan membuat kemunculan di PAX West minggu ini, dan mereka bakal mengumumkan beberapa game baru pada acara itu. Antaranya termasuklah Ooblets, dimana ianya telah mencetuskan sedikit kontroversi pada awal bulan ini kerana komentar daripada pembangunnya.
Berikut adalah senarai penuh game yang akan membuat kemunculan Epic Games Store pada PAX West 2019 nanti:
- Ooblets
- No Straight Roads
- Manifold Garden
- Superliminal
- Wattam
- The Alto Collection
- Airborne Kingsom
- The Eternal Cylinder
Daripada 8 judul ini, pembangun untuk Manifold Garden iaitu William Chyr telah membuat satu kenyataan mengenai status ekslusifnya di Epic Games Store.
We have some news. Manifold Garden will be coming to Epic Game Store later this year as 12-month timed exclusive for Windows PC. Here's the store page: https://t.co/JMstMj73Ih
Let me know if you have any questions. More info below: pic.twitter.com/1YAYa8HNqd
— William Chyr (@WilliamChyr) August 29, 2019
Menurutnya, dengan berada di Epic Games Store secara ekslusif selama 12 bulan telah membenarkan pasukannya untuk berkembang. Mereka juga telah bekerjasama dengan QA Studio sebagai satu langkah untuk pembangun untuk menjejak bugs dan menyediakan sokongan selepas pelancaran. Dia juga memberi jaminan kepada gamers bahawa Manifold Garden akan berada di Steam selepas 1 tahun dan akan dilancarkan pada PlayStation 4; di samping kebarangkalian dilancarkan atas platform lain.
Ooblets dan The Eternal Cylinder pula telah di umumkan lebih awal lagi sebagai ekslusif kepada Epic Games Store. Pada E3 2019 beberapa bulan lalu, No Straight Roads telah dipilih sebagai salah satu daripada 10 Terbaik E3 2019 oleh Video Lead dari Techraptor.
Sumber: Techraptor
@gamersantaimy
Discussion about this post