Anda suka pada siri manga seram daripada Junji Ito? Inilah peluang anda untuk singgah ke Junji Ito Horror House di LaLaport BBCC, Kuala Lumpur! Pelbagai benda menarik yang dipamerkan dalam rumah hantu tersebut yang diinspirasikan daripada adegan Junji Ito Maniac: Japanese Tales Of The Macabre dan Uzumaki: Spiral Into Horror.
Kami juga berpeluang untuk masuk ke dalam rumah hantu tersebut! Jom kami ceritakan sedikit pengalaman kami di sana!
Untuk pengetahuan anda, Junji Ito Horror House mempunyai tiga Hall utama iaitu Hall A, Hall B dan Hall C. Kalau anda ingin memasuki kesemua Hall, anda perlulah membeli tiket “Double Hall”. Anda boleh rujuk harga tiket di hujung artikel ini!
Hanya lapan orang sahaja yang akan masuk dalam setiap Hall dan mereka akan memegang tali supaya tidak sesat semasa berada di dalam rumah hantu tersebut. Sudah tentu akan ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
Masuk sahaja dalam Hall A atau B, kami telah diperkenalkan secara ringkas mengenai Junji Ito. Anda kena tontonnya sehingga habis kerana ada kejutan menarik menanti anda! Setiap Hall juga memberikan kandungan berbeza. Sebagai contoh, ada prop dan pelakon yang akan lakonkan semula adegan seperti “Kuriko” dan “Tomie Kawakami”.
Terdapat 5-8 adegan ikonik Junji Ito dengan pelakon menggambarkan setiap watak dalam setiap Hall. Seperti rumah hantu, mereka ini akan berusaha untuk menakutkan anda.
Setiap Hall mangambil masa kira-kira 10-15 minit untuk melihat semua kandungan. Itu pun mengikut kelajuan kumpulan anda. Kalau anda bersama dengan kumpulan yang mudah seram, memang sikitlah masa yang diambil untuk lihat segala kandungan dalam Hall.
Keluar sahaja daripada Hall A dan B, anda akan dibawa ke Hall C pula. Terdapat banyak lakaran daripada karya Junji Ito seperti Balloon Head, Headless Sculptures dan Tomie Kawakami, termasuklah dokumentari yang menunjukkan Ito menerangkan hasil kerjanya. Terdapat juga prop menarik yang sudah tentu menyeramkan.
Sebagai contoh, terdapat Balloon Head yang sebenar di rumah hantu tersebut. Tempat belon tersebut diletakkan sangat strategik, membuatkan anda rasa ditenung sama seperti dalam manga. Agak seram juga kalau pandang lama-lama pada mata tersebut.
Keluar daripada Hall C, anda akan memasuki ruang merchandise, senang cerita tempat anda membeli-belah barangan menarik yang diinspirasikan oleh karya Junji Ito. Antara barangan yang tersedia adalah topi, coster, kad poker, skrol dinding, mug dan banyak lagi! Paling penting sekali, kedai ini terbuka secara umum, jadi anda tidak perlu tiket untuk membeli!
Kalau anda peminat Junji Ito, pameran ini sememangnya berbaloi untuk anda singgah lebih-lebih lagi kita dapat melihat karya-karya Junji Ito dengan lebih imersif. Tetapi kalau anda hanya orang biasa, mungkin anda akan rasa ingin tahu mengenai rumah hantu ini.
Anda tidak perlu untuk membaca atau menonton karya-karya Junji Ito untuk nikmati rumah hantu ini. Tetapi sudah tentu anda ingin menyelami dunia seram Junji Ito daripada semua Hall yang ada. Ia memberikan satu pengalaman yang lebih menarik berbanding seram jika yang dibandingkan daripada siri manga.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Anda yang ingin ke Junji Ito Horror House, jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan tiket anda sekarang! Berikut adalah info mengenainya:
- Lokasi: LaLaport BBCC, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia
- Tarikh: 28 September – 10 November 2023
- Waktu Operasi: 12 petang – 10 malam (Setiap Hari)
- Tempoh: 60 minit untuk satu lawatan
Jenis Tiket | Apa yang tersedia | Harga | |
Hari Biasa | Single Hall | Tiket masuk single hall Face Mask eksklusif Baucar RM20 di kedai Merchandise *Perbelanjaan melebihi RM120 satu resit | RM 49 |
Double Hall | Tiket masuk double hall Face Mask eksklusif Baucar RM20 di kedai Merchandise *Perbelanjaan melebihi RM120 satu resit | RM 79 | |
Hari Minggu | Single Hall | Tiket masuk single hall Face Mask eksklusif Baucar RM20 di kedai Merchandise *Perbelanjaan melebihi RM120 satu resit | RM 59 |
Double Hall | Tiket masuk double hall Face Mask eksklusif Baucar RM20 di kedai Merchandise *Perbelanjaan melebihi RM120 satu resit | RM 89 | |
Bundle Deal | Double Hall x4 | Tiket Bundle deal untuk semua hall x4 Face Mask eksklusif x4 Baucar RM20 di kedai Merchandise *Perbelanjaan melebihi RM120 satu resit Tebus F&B percuma dari Ito Junji Cafe x4 | RM 249 |
Double Hall x8 | Tiket Bundle deal untuk semua hall x8 Face Mask eksklusif x8 Baucar RM20 di kedai Merchandise *Perbelanjaan melebihi RM120 satu resit Tebus F&B percuma dari Ito Junji Cafe x8 | RM 498 |
Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post