Di pameran Computex tahun ini, ZOTAC telah mendedahkan Zotac Gaming Zone, percubaan pertama mereka untuk mencipta PC handheld gaming yang unik dengan kawalan dan ciri canggih, untuk membolehkan pemain menikmati game kegemaran mereka semasa dalam perjalanan.
Adakah ia dapat bersaing dengan produk lain di dalam segmen yang sama? Inilah previu ringkas kami.
ZOTAC GAMING ZONE menampilkan APU AMD Ryzen 7 8840U, yang termasuk cip grafik bersepadu Radeon 780M. Ciri yang menonjol ialah paparan AMOLED 7-incinya, menawarkan resolusi 1080p dan refresh rate 120Hz, dengan kecerahan puncak sehingga 800 nits.
Spesifikasi perkakasan lain termasuk 16GB LPDDR5X RAM, 512GB M.2 NVMe Gen 4 SSD dan bateri 48.5WH. Peranti ini juga menyokong Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.2, dengan pengembangan storan tambahan tersedia melalui kad MicroSD UHS-II.
Reka bentuk ZOTAC GAMING ZONE mengingatkan saya kepada ASUS ROG Ally/Ally X, dengan badan yang lebih tebal. Walau bagaimanapun, reka bentuk ergonomiknya memastikan cengkaman yang selesa. Peranti ini seimbang dengan ketinggian yang selesa dan butang yang disusun dengan baik. Tombol volume boleh didapati di bahagian bawah untuk membolehkan kita melaras kekuatan audio dengan pantas dan mudah.
Bahagian atas ZONE dihuni oleh ruang ventilasi, port USB-C, bicu fon kepala 3.5mm, butang kuasa dan kawalan volume. Selain butang anak panah tradisional, dua joystick kiri kanan, butang ABXY dan empat butang trigger, ia menampilkan touchpad pada kedua-dua sisi kiri dan kanan panel, untuk memudahkan game yang memerlukan kawalan sentuhan.
Bahagian belakang peranti juga termasuk sepasang butang shorcut yang boleh disesuaikan, menjadikan peranti dengan ciri customization sangat komprehensif.
Untuk info lanjut tentang produk Zotac, anda boleh melayari laman web rasmi mereka di SINI!
Baca segala berita kami tentang Computex 2024 di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post