Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman Di PokéPark KANTO – Santuari Pokémon Pertama Paling Realistik Di Dunia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 28, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Game, Jom Singgah!
0 0
0
Pengalaman Di PokéPark KANTO – Santuari Pokémon Pertama Paling Realistik Di Dunia!
Share on FacebookShare on Twitter

Tersembunyi di antara dedaunan Bukit Tama dalam Yomiuriland, sebuah impian yang memakan masa berdekad akhirnya menjadi kenyataan. PokéPark KANTO, fasiliti Pokémon ‘outdoor’ pertama di dunia, kini dibuka secara rasmi.

Susulan kejayaan projek alam semula jadi “Pokémon WONDER”, The Pokémon Company dan Yomiuriland telah bekerjasama sekali lagi untuk mencipta ruang yang terasa kurang seperti taman tema tradisional dan lebih seperti sebuah santuari.

Lahir daripada pengasingan akibat pandemik COVID-19, penciptanya membayangkan sebuah ruang kekal di mana orang ramai boleh berkumpul secara fizikal dan “bertemu” Pokémon dalam persekitaran semula jadi.

Lokasinya dipilih dengan bijak: Yomiuriland terletak di wilayah Kanto sebenar di Jepun… iaitu nama yang sama bagi latar tempat game asal Pokémon Red dan Pokémon Green.

Ini adalah pengalaman kami sewaktu melawat di mana para Trainer boleh meneroka hutan dan bandar yang dipenuhi dengan lebih 600 Pokémon.

Entrance Plaza dan Makmal Penyelidikan

Pengembaraan bermula di Entrance Plaza. Di sini, pengunjung disambut oleh monumen tiga starter Pokémon ikonik dari Kanto: Bulbasaur, Charmander, dan Squirtle.

Di sebelah kiri berdiri Research Lab, yang berfungsi sebagai pintu gerbang ke Pokémon Forest. Dikendalikan oleh Professor Drobium (iaitu Profesor Pokémon tempatan di Sedge Town) kawasan ini pasti memberi nostalgia bagi peminat lama; kerana bahagian dalamannya sangat menyerupai makmal Professor Oak.

Ia mencipta semula adegan memilih Starter pertama, lengkap dengan meja untuk memilih Pokémon starter anda, papan putih di dinding yang meringkaskan data analisis Pokémon, dan mesin pemulihan yang menampilkan Poké Ball serta skrin elektrokardiogram.

Selepas pembantu penyelidik menyerahkan nota penyelidikan, para Trainer dihantar untuk memulakan eksplorasi mereka di dalam hutan.

Pokémon Daisuki Shop

Terletak di dalam Entrance Plaza, ini adalah kedai cenderamata terbesar di fasiliti ini. Cuma sedikit amaran, kedai boleh mengeringkan dompet jika anda tidak berhati-hati (gelak).

Walaupun sesetengah barangan boleh didapati di kedai-kedai kecil di bandar, lokasi ini menawarkan banyak barangan eksklusif, termasuk patung mainan Pikachu dan Eevee bertemakan “PokéPark KANTO” serta beg-beg eksklusif.

Rak-rak dipenuhi dengan pelbagai jenis barangan, termasuk kusyen, beg uncang, alat tulis, cermin mata, patung mainan, maskot, patung tangan, rantai kunci, dan beg pocet.

Pakaian dan barangan kegunaan harian juga tersedia, seperti kemeja-T dan beg beli-belah guna semula (kedua-duanya menampilkan rekaan di bahagian depan dan belakang) serta tuala tangan.

Koleksi Barangan:

  • Bertemakan Pokémon Forest dan Sedge Town: Barangan yang menampilkan ilustrasi Pokémon yang hidup liar di hutan, dikontraskan dengan penduduk bandar di pasar Sedge Town.
  • Carnival Pikachu dan Eevee: Patung mainan (dari saiz biasa hingga mini) dan set sedondon yang menampilkan pasangan tersebut dalam pakaian karnival istimewa mereka.
  • Estetik Vee Vee Voyage: Seni yang memaparkan estetika tarikan, menggambarkan Ponyta, Rapidash, dan Eevee dalam perjalanan menyeronokkan.

Aksesori Fesyen:

Para tetamu boleh “menjadi” Pokémon kegemaran mereka dengan pelbagai kelengkapan:

  • Cekak Rambut: 19 jenis merentasi 3 siri (¥2,300–¥2,500).
  • Topi Patung: 10 jenis (¥3,500).

Peraturan Masuk

Disebabkan populariti yang tinggi, kemasukan ke kedai memerlukan “tiket bernombor” (sebenarnya tempahan untuk slot masa tertentu) yang diperolehi melalui aplikasi rasmi fasiliti. Tiket ini dikeluarkan berdasarkan siapa cepat dia dapat sebaik sahaja anda melepasi pintu masuk Yomiuriland.

Setiap tetamu hanya boleh menempah satu slot setiap hari.

Pokémon Forest

Di belakang makmal terbentang Pokémon Forest, kawasan liar yang luas dan kaya dengan pelbagai bentuk muka bumi termasuk laluan bertangga, rumput tinggi, terowong, dan jalan gunung. Hutan ini dibahagikan kepada beberapa kawasan berbeza di mana anda boleh memerhati ekologi Pokémon, terutamanya dari wilayah Kanto.

Kawasan ini menawarkan pengalaman langsung melihat Pokémon di habitat liar. Papan tanda disediakan untuk memberi tips dan maklumat mengenai kawasan tersebut, dan untuk mendalamkan lagi pengalaman, pembesar suara audio dipasang berdekatan Pokémon untuk memainkan jeritan dan kesan bunyi mereka.

Selagi Pokémon berada dalam jangkauan, pengunjung dibenarkan menyentuh mereka. Hutan ini penuh dengan rahsia dan interaksi lucu antara Pokémon bagi mereka yang mempunyai mata yang tajam. Kakitangan yang berpakaian sebagai renjer ditempatkan di seluruh kawasan untuk memberikan bantuan jika diperlukan.

Semasa anda meneroka hutam yang besar ini, anda akan singgah di zon-zon khusus berikut:

  • Pikachu and Eevee Forest
  • Diglett’s Boardwalk Trail
  • The StRaNGe Stairs
  • Skwovet’s Rest Area
  • Bidoof’s Chomping Spot
  • Rhyhorn’s Take Down Hill
  • Rolycoly Tunnel
  • Onix’s Passage
  • Flower Garden

Secara asas, reka bentuk hutan ini menggalakkan penemuan. Anda boleh berlari-lari, berinteraksi dengan Pokémon yang ditemui, dan mencari Pokémon yang bersembunyi di dalam tanah atau di atas pokok.

Sesetengah Pokémon bersaiz besar, memerlukan anda mendongak jauh ke atas untuk melihatnya, manakala yang lain memaparkan gerak-geri yang unik.

Kami tahu beberapa aktiviti atau ciri tertentu disediakan, tetapi kami tidak akan mendedahkan butiran penuh untuk memastikan pengunjung dapat menikmati keseronokan mencari “hal-hal menarik” di sana.

Akses & Sekatan:

  • Pas Ace Trainer: Kemasukan tanpa had ke Hutan.
  • Pas Trainer: Satu kemasukan pada slot masa khusus yang dibeli lebih awal (tiada kemasukan semula).
  • Sekatan: Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun dan tetamu yang tidak mampu menaiki tangga 110 anak tangga tidak dibenarkan masuk.

Sedge Town

Selepas melalui terowong dari Entrance Plaza, anda akan tiba di Sedge Town. Bandar ini merupakan kawasan mercu tanda di mana para Trainer dan Pokémon dari seluruh dunia berkumpul. Antara Pokémon yang kami jumpa:

Setakat yang kami tahu, ini adalah satu-satunya kawasan yang mempunyai kemudahan tandas. Kakitangan bandar sangat mesra, dengan ramai yang boleh berbahasa Inggeris, jadi kedatangan pelancong asing seperti kami sangat dialu-alukan.

Fasiliti:

  • Pokémon Trainers’ Market: Menampilkan gerabak yang menjual barangan dan makanan gourmet.

  • Pokémon Center: Pengunjung boleh melihat rakan Pokémon mereka dirawat dalam mesin pemulihan.

  • Poké Mart: Menjual minuman dan barangan makanan serba original yang diinspirasikan oleh Pokémon starter untuk Trainer yang kepenatan.

Ada juga pelbagai kedai cenderamata dan snek di sekitar bandar yang bertemakan Pokémon di sekeliling.

Permainan Tarikan

Bandar ini menampilkan dua permainan tarikan utama. Tiket dibeli secara berasingan (Dewasa 13+: ¥1,200 / Kanak-kanak 3-12: ¥800).

  • Vee Vee Voyage: Sebuah permainan “merry-go-round” yang dihoskan oleh Eevee. Trainer boleh menaiki kereta kuda yang ditarik oleh Ponyta dan Rapidash untuk menikmati pemandangan.
  • Pika Pika Paradise: Permainan yang dikuasakan oleh lebih 30 Pokémon jenis Elektrik, mensimulasikan sensasi menunggang Pikachu untuk “mencapai langit.”

Penting untuk tahu: Pemegang “Pas Ace Trainer” boleh menggunakan lorong keutamaan untuk tarikan ini sekali pada hari kemasukan tanpa bayaran tambahan. Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mesti ditemani oleh penjaga berumur 13 tahun ke atas.

Hiburan dan Persembahan

Persembahan Gym: “Pika Pika Sparks!”

Diadakan empat kali sehari di Sedge Gym, persembahan selama 30 minit ini menggabungkan lampu, muzik, dan tarian. Ia bermula dengan pra-pertunjukan DJ, diikuti dengan kemunculan penghibur dan Pikachu yang unik.

Persembahan ini menggunakan muzik latar (BGM) yang diadun semula daripada Pokémon Red dan Blue, termasuk lagu tema Team Rocket. Sorotan peribadi saya adalah melihat penghibur menari bersama Koffing yang menghembuskan asap sebenar.

Pemegang Pas Ace Trainer mendapat satu tontonan. Pemegang Pas Town/Trainer pula mesti menyertai undian melalui aplikasi rasmi selepas memasuki taman untuk memenangi tempat duduk.

Perarakan “Pikachu and Eevee Bubble Carnival”

Diadakan dua kali sehari, perarakan ini menampilkan Pikachu, Eevee, dan penghibur dalam kostum karnival istimewa berarak melalui bandar dengan muzik yang ceria. Tetamu digalakkan memakai cekak rambut dan kipas tangan untuk turut serta dalam keseronokan.

Watak-wataknya memang sangat “KAWAII,” dan mempunyai personaliti tersendiri serta banyak berinteraksi dengan tetamu.

Sesi Ramah Mesra: Pokémon Playhouse

Barisan Pokémon yang muncul di sini bertukar ganti, jadi persembahannya berbeza setiap hari. Jadual barisan termasuk Clefairy, Vulpix, Psyduck, Growlithe, Slowpoke, Gengar, Lapras, dan Dragonite.

Battle Center

Lokasi bergambar yang sangat terperinci menampilkan patung Gyarados, Raichu, Garchomp dan Tyranitar sedang sedang bertarung.

Pendapat

PokéPark KANTO adalah pengalaman 10/10 “wajib pergi”. Dari saat anda menjejakkan kaki di makmal Proffesor Drobium hingga keseronokan persembahan Gym, fasiliti ini pasti akan meninggalakn kenangan indah untuk pengunjung.

Sama ada anda mengkaji habitat di dalam hutan bersama rakan-rakan atau menonton perarakan, ia menawarkan pengembaraan untuk peminat dari semua peringkat umur. Pendek kata; ini adalah lokasi kegembiraan yang tidak terhingga bagi mana-mana peminat Pokémon, asalkan anda berjaya mendapatkan tiket.

Maklumat Tiket & Harga

  • Tiket: Harga berbeza mengikut tarikh Lihat di bawah untuk harga Februari 2026.
Jenis TiketHarga (Tahap 1 / 2 / 3)Akses & Termasuk
Pas Pekan (Town Pass)¥4,700 / ¥5,000 / ¥5,500Kemasukan ke Sedge Town sahaja. Sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil. Akses undian untuk Persembahan Gym.
Pas Trainer (Trainer’s Pass)¥7,900 / ¥8,500 / ¥9,400Satu kemasukan ke Forest (masa tetap) + Sedge Town tanpa had. Akses undian untuk Persembahan Gym.
Pas Ace Trainer¥14,000 / ¥15,000 / ¥16,500Kemasukan Forest & Town tanpa had. Termasuk lorong keutamaan untuk permainan, tempat duduk untuk persembahan Gym, dan barangan eksklusif.

Untuk harga harian yang tepat, sila semak laman web rasmi.

©2026 Pokémon. ©1995-2026 Nintendo/Creatures Inc./GAME FREAK inc. TM, ®, and character names are trademarks of Nintendo.

Tags: PokéPark Kanto
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu SEGA Football Club Champions 2026 – Alternatif Terbaik Bagi Peminat Football Manager!

Next Post

Fatal Frame II: Crimson Butterfly Remake Bakal Menerima Demo & Kolaborasi Bersama Silent Hill f!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Fatal Frame II: Crimson Butterfly Remake Bakal Menerima Demo & Kolaborasi Bersama Silent Hill f!

Fatal Frame II: Crimson Butterfly Remake Bakal Menerima Demo & Kolaborasi Bersama Silent Hill f!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd