Jika korang minat Apex Legends, Fortnite, Call of Duty Black Ops 4 Blackout, PUBG, dan game battle royale yang lain, korang haruslah berterima kasih kepada Brendan Greene, yang mencipta genre ini dan juga pencipta PUBG. Walaupun beliau telah menjadi seorang pelopor dan direktor yang mengukir nama dalam sejarah video game kerana mencipta battle royale, beliau tidak mahu bekerja untuk apa-apa projek battle royale buat masa ini.
Ya betul, Green mahu “move on” – buat masa ini sahaja lah – daripada genre dan siri battle royale. Dalam sebuah temubual bersama Game Informer, Green memberitahu dia tidak ingin pemain untuk berharap kepada dia untuk mencipta genre hangat terbaru dengan kemunculan game terbarunya, kerana beliau tiada niat pun.
Don't expect @PLAYERUNKNOWN to create an entirely new genre again… or PUBG 2. Watch our new interview to learn what the man who popularized the battle royale genre is doing next with his career. https://t.co/sfzVz0Do6B pic.twitter.com/XdbTECNOWY
— Game Informer (@gameinformer) March 19, 2019
Selain itu, Greene tidak ingin menggunakan popularitinya untuk mencipta sekuel PUBG, kerana beliau lihat itu bukan suatu cara untuk maju! “Seterusnya adalah sesuatu yang baru”, kata Greene.
Apa-apa yang Greene ingin lakukan seterusnya pasti menarik minat. Selepas mengetuai antara genre paling popular di video game, pasti projek seterusnya harus sama hebat. Tetapi Greene tidak risau atau tertekan dengan hal ini.
Untuk langkah seterusnya bagi Greene, beliau masih tidak kata atau mendedahkan apa-apa lagi. Kami tahu dia ada sesuatu yang dirahsiakan, kerana baru-baru ini telah menarik diri daripada mengetuai projek-projek baru PUBG. Harap-haraplah anda semua tidak pressure dia agar beliau masih boleh mencipta game yang menyeronokkan!
Sumber – GameInformer
@gamersantaimy
Discussion about this post