Selalu kita bosan kita perhabiskan masa dengan membuat figurin yang dibeli betul tak? Tapi kalau dah semua figurin dah siap buat, memang tak lah nak bukak buat balik kan! Nak tak nak dengan figurin dari anime kegemaran ramai orang ni! Setiap figurin mestilah kita rasa nak beri kesempurnaan, sama juga seperti peminat Digimon ini, memberi setiap kesempurnaan pada figurin yang dihasilkannya~Eh! Tetapi dalam versi LEGO lah!
Kita tahu, banyak negara sekarang melaksanakan Perintah Kawalan Penggerakan disebabkankan COVID-19. Jadi peminat Digimon yang dikongsikan di Reddit dengan menggunakan nama u/StartsWithItalics ini nampaknya meluangkan masanya dengan bernas sambil menggulungkan lengan bajunya untuk membuat watak ikonik dalam francais Digimon iaitu WarGreymon dalam bentuk LEGO!
Bagi yang belum tahu siapakah WarGreymon ni~ (kami berharap ramai yang dah tahu la ye~) Digimon ini adalah dari Mega Evolution Agumon yang terkenal, ikonik dan seperti pesaing kekal Pikachu dari Pokémon lah! Paling menarik dalam francais Digimon sempena ulangtahun mereka, Digimon Adventure versi baru turut telah mula ditayangkan di Jepun!
“Wargreymon adalah yang pertama selesai sepenuhnya, dan ia benar-benar menjadi hasil yang lebih baik daripada yang saya jangkakan, kerana saya tidak memesan mana-mana bahagian dan hanya menggunakan apa yang saya ada.”
Seperti yang anda lihat dari gambar di atas, model Lego Digimon dibuat dengan sangat baik dari yang dijangka! Dia membuatnya tanpa membeli kepingan ad hoc, tetapi sebaliknya dengan mengitar semula barang-barang LEGO yang dimilikinya. Melihat hasilnya, memang mendorong kami sendiri untuk mencuba hasilkan watak Digimon lain dengan LEGO yang ada lah!
Kemungkinan besar kita dapat mengharapkan figurin Digimon yang lain seperti ini, kerana StartsWithItalics telah mendedahkan bahawa dia juga hampir menyelesaikan satu lagi evolusi mega yang hebat: MetalGarurumon. Wow mesti lagi menarik kan sebab rasanya MetalGarurumon lagi susah nak buat!
Jadi apa rasa korang bila terhasilnya figurin Digimon versi LEGO macam ni? Ada rasa nak buat sendiri tak? Kalau dah buat tu jangan lupa kongsikan dengan kami di ruangan komen Facebook kami okay!
Sumber: Comicbook
@gamersantaimy
Discussion about this post