Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dapatkan Tamagotchi versi Kimetsu no Yaiba! Boleh bela Nezuko yang comel~

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 5, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Manga, Produk, Teknologi
0 0
0
Dapatkan Tamagotchi versi Kimetsu no Yaiba! Boleh bela Nezuko yang comel~
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai baru saja mendedahkan Tamagotchi akan membuat kolaborasi baru pada tahun ini dengan salah satu siri anime / manga Jepun paling popular pada hari ini iaitu Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba. Teringin nak bela watak chibi Demon Slayer sendiri? Saya harap anda semua boleh sabar kerana Kimetsu Tamagotchi akan mula dijual di Jepun pada Oktober 2020.

 

1 of 3
- +

Terdapat tiga reka bentuk yang disediakan. Dua versi standard Kimetsu Tamagotchi ialah berdasarkan Kamado Tanjiro dan adiknya, Kamado Nezuko. Ini akan tersedia di mana sahaja manakala Amazon Jepun akan menawarkan reka bentuk khas Kisatsutai berwarna hitam, ungu, dan putih.

Latar belakang permainan adalah berdasarkan jalan cerita asal Demon Slayer, dan ketika anda mempelihara anggota Kisatsutai, mereka dapat membesar untuk menjadi salah satu daripada 9 pahlawan elit Hashira (pillar), termasuk Tanjiro, Zenitsu dan Inosuke.

Anda perlu memberi makan kepada watak seperti onigiri atau teh ketika mereka lapar, dan bermain tiga jenis mini-game untuk melatihkan mereka. Sekiranya diabaikan, mereka mungkin cedera atau dibuang oleh Kakushi, iaitu brigade kepada Demon Slayer. Sebagai tambahan, beberapa musuh hebat dalam cerita ini mungkin muncul secara beransuran seperti Muzan Kibutsuji.

Kimetsu Tamagotchi dijadualkan untuk keluar pada Oktober 2020 di kedai mainan, gedung membeli-belah, kedai elektronik dan laman web membeli-belah atas talian. Harganya ialah 2,530 yen termasuk cukai (anggaran RM102.28). Pra-pesanan boleh didapati di kedai atas talian rasmi Bandai sejak 1 Mei 2020.

Tags: bandaiKimetsu No YaibaKimetsu TamagotchiTamagotchi
Previous Post

Yakuza: Like A Dragon nampaknya muncul disenarai STEAM?!

Next Post

Peminat Digimon menghidupkan WarGreymon dalam versi LEGO!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Peminat Digimon menghidupkan WarGreymon dalam versi LEGO!

Peminat Digimon menghidupkan WarGreymon dalam versi LEGO!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd