Siapa yang dah terima kod ujian beta tertutup untuk permainan Mega Man X DiVE minggu lalu? Pasti anda tahu yang beta tersebut akan bermula pada 12 hingga 16 September ini kan? Jadi dengan tanda berterima kasih kepad peminat yang mendaftar, CAPCOM telah mengumumkan ganjaran yang menarik kepada pemain!
Bermulanya beta terututup minggu ini, kepada pemain yang menyelesaikan misi tertentu yang disediakan akan menerima ganjaran ‘Element Metal’(matawang dalam permainan) untuk anda membeli barangan atau ‘capsules’ didalam permainan. Bukan itu sahaja, CAPCOM turut menyatakan terdapat 8 watak yang tersedia untuk ujian beta tertutup ini termasuk X dan Zero kepada pemain. begitu juga dengan 3 bab pertama “Story Mode”, “Co-op” dan “PVP” dibuka apabila anda mencapai tahap yang dikehendaki.
Bermula hari ini, pemain yang menerima tawaran ujian beta tertutup ini boleh dimuat turun (disini) atau boleh lawati Facebook Mega Man X DiVe. Selepas memuat turun, anda hanya boleh mengakses ke dalam permainan pada tarikh yang disebutkan bermula ujian ini iaitu 12 September ini. Masukkan email pendaftaran anda ketika mendaftar serta kata laluan yang diberikan oleh CAPCOM untuk ujian ini.
Bukan setakat dua pengumuman ini sahaja yang akan kami kongsikan, kandungan terbaru juga telah diumumkan oleh CAPCOM untuk ujian beta tertutup ini. Selain watak X, Zero, Vile, Pallete, Marino dan Alia yang diumumkan sebelum ini, “Ultimate Armor X” yang tersangatlah popular juga akan datang dengan debutya! Selain itu sebagai tambahan, peringkat “Highway“, “Gallery” dan “Factory” juga ada dimana ianya sangat diperlukan kepada peminat Mega Man.
Tidak habis disitu, mod PvP dan Co-op akan menjadi eksklusif di Mega Man X DiVE dimana pemain boleh memilih antara 1v1 atau 3v3 dalam mod PvP setelah capai level 16 dan guna mod Co-op dan cari pasukan bersama rakan lain selepas sampai level 20. Paling menarik mereka juga membawa ciri skil klasik “Absorbing Bosses” yang pemain boleh gunakan dengan “Sistem Chip” sebaik sahaja mencapai level 13.
Ingat ye sesiapa yang telah mendapat email bolehla mula muat turun permainan ini dan mula bermain 12 September ini! Jangan lupa kongsikan kepada kami selepas bermain permainan ini. Juga jangan lupa terus kemaskini dengan ikuti laman web rasmi Mega Man X Dive, Facebook dan Twitter – nya.
@gamersantaimy
Discussion about this post