Permainan video VR Chandu: The Malay Regiment ialah projek dua pelajar berbakat daripada Multimedia University, Adnan dan Caleb, yang menumpu pada permainan Virtual Reality yang mereka semula medan perang di tanah Malaysia dan bakal dilancarkan untuk PC melalui Steam. Game ini mencerminkan kisah lagenda Leftenan Adnan yang berperang dengan serangan Jepun semasa Perang Dunia II pada tahun 1942. Ia membawa pemain mengalamai peristiwa-peristiwa bersejarah di mana peperangan rejimen Melayu adalah pengalaman yang menyedihkan dan membanggakan.
Projek ini merupakan sebahagian daripada tugasan kelas Virtual Reality yang dimulakan oleh pensyarah VR. Pensyarah meminta para pelajar untuk menggunakan VR lebih daripada gaming tradisional atau aplikasi hiburan serta menggalakkan pelajar membuat projek VR untuk menyampaikan mesej dan cerita mereka.
Virtual Reality memberi peluang yang unik untuk mempamerkan aksi heroisme melayu ‘tempatan’, di mana ia menyediakan lebih banyak ruang untuk meningkatkan pengalaman dalam cara yang lebih imersif bagu melihat landskap, dan ‘mendengar’ dan ‘melihat’ kehebatan askar melayu dalam dunia maya di mana semuanya berlaku beberapa tahun yang lalu.
Sumber – Multimedia University
@gamersantaimy
Discussion about this post