Jom sembang pasal Fallout 76. Semua orang tahu pasal game ni, ianya jadi terkenal untuk sebab-sebab yang salah. Game ni basically bukan dalam keadaan yang boleh dimainkan masa hari ianya di lancarkan. Cerita terkini, Bethesda keluarkan satu patch untuk atasi masalah macam item duplication.
Tapi, daripada patch ni; muncul semula bug-bug lama. Menurut seorang Redditor dan juga pemain Fallout 76 dengan nama “gX-kiD”; patch yang dikeluarkan pada 29 Januari baru-baru ni bawak sekali bala bencana sebelum ni yang sepatutnya dah fix; antaranya berat bobby pin bertambah, spawn rate fusion core drop gila babeng dan item duping masih berleluasa. Ada jugak bulk crafting bug yang menyebabkan bulk junk tak boleh guna untuk crafting dan repair.
Dalam threads yang berbeza untuk Fallout 76 subreddit, seorang community manager daripada Bethesda mengesahkan yang developers diorang dah diberitahu pasal isu-isu ni, tapi still tak ada apa-apa maklumat disampaikan kepada players tentang apa-apa usaha untuk selesaikan isu ni. Dalam setup games as a service, ada kalanya patching boleh menyebabkan masalah lama muncul kembali.
Pemain sedia ada kompom keciwa, dan sekarang ni tak hairan la kalau orang stop main dan pemain baru yillek. Tolong la Bethesda keluarkan patch untuk sekurang-kurangnya buatkan game ni boleh main.
@gamersantaimy
Discussion about this post