Dengan tibanya musim cuti, Sony Interactive Entertainment hadir untuk memudahkan anda dengan Panduan Hadiah PlayStation sempena Musim Cuti 2024. Dipenuhi dengan game terkini, aksesori inovatif, dan teknologi canggih, panduan ini menjanjikan sesuatu yang istimewa untuk semua jenis peminat, tanpa mengira usia—dari kanak-kanak hingga dewasa.
Pelbagai Game Baharu dari Pelbagai Genre
Tahun ini, dua game mesra keluarga baharu untuk PlayStation 5 mencuri perhatian dengan gabungan kreativiti dan keseronokan.
Astro Bot membawa pemain dalam pengembaraan angkasa yang penuh aksi, mengikuti perjalanan wira robot yang comel untuk menyelamatkan kru yang terkandas dan membina semula kapal induk PlayStation 5.
Bagi mereka yang meminati cerita yang kreatif, LEGO Horizon Adventures menyajikan pengalaman baharu yang menarik, menggabungkan dunia LEGO yang berwarna-warni dengan kisah awal Aloy yang penuh inspirasi daripada siri Horizon.
Pemain PC juga tidak ketinggalan, dengan pelbagai tajuk hebat dari PlayStation Studios kini tersedia untuk platform mereka. Tahun ini, game seperti God of War Ragnarök, Ghost of Tsushima Director’s Cut, dan Helldivers 2 membuka peluang kepada lebih ramai pemain untuk menikmati pengalaman yang luar biasa.
Tambahan pula, Until Dawn telah dibina semula sepenuhnya untuk PS5 dan PC, memberikan nafas baharu kepada kisah seram klasik ini dengan grafik dan gameplay yang diperbaharui.
PlayStation Plus kekal sebagai elemen penting dalam ekosistem PlayStation, memberikan pelanggan akses kepada pelbagai game hebat. Melalui pakej Extra dan Deluxe, ahli boleh menikmati tajuk-tajuk popular seperti The Last of Us Part I, Monster Hunter Rise, dan The Witcher 3: Wild Hunt.
Selain itu, pelanggan PlayStation Plus juga dapat menikmati game bulanan, diskaun eksklusif, akses online multiplayer, serta pelbagai manfaat tambahan yang direka khas mengikut pelan pilihan mereka, bagi memastikan pengalaman gaming tanpa henti sepanjang tahun.
Aksesori Terkini PlayStation
Panduan hadiah cuti tidak akan lengkap tanpa memperkenalkan aksesori inovatif dari PlayStation.
Tahun ini, koleksi terbaru, Chroma Collection, memperkenalkan penutup konsol dan controller wireless DualSense dengan kemasan warna berkilauan. Dengan aksesori ini, pemain dapat memberikan sentuhan peribadi dan gaya unik kepada PS5 mereka dengan mudah.
Bagi mereka yang ingin meningkatkan pengalaman bermain, PlayStation Portal Remote Player membolehkan pemain menikmati game PS5 di mana sahaja, manakala PlayStation VR2 membawa realiti maya ke tahap yang tiada tandingan.
Untuk audio yang lebih mendalam, pilihan seperti PULSE Explore Wireless Earbuds dan PULSE Elite Wireless Headset memberikan bunyi yang lebih mengasyikkan. Tambahan pula, bagi mereka yang mahukan kawalan gaminf yang lebih tepat, DualSense Edge wireless controller menawarkan pilihan penyesuaian yang teramat luas.
Walaupun tahun 2024 telah menjadi tahun yang luar biasa bagi PlayStation, keseronokan tidak berakhir di sini. Tahun depan menjanjikan pelbagai tajuk menarik seperti Death Stranding 2: On The Beach, Ghost of Yōtei, Monster Hunter Wilds, dan Assassin’s Creed Shadows. Dengan begitu banyak yang dinantikan, peminat PlayStation pasti akan menikmati tahun gaming yang tidak dapat dilupakan.
Raikan musim cuti kali ini dengan menjelajahi koleksi game, konsol, dan aksesori PlayStation yang tersedia di peruncit terpilih Malaysia.
Sama ada anda mencari hadiah untuk pemain tegar atau seseorang yang baru ingin mencuba dunia PlayStation, Panduan Hadiah PlayStation Cuti 2024 memastikan setiap hadiah adalah pilihan yang sempurna.
@gamersantaimy
Discussion about this post