Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pandangan Pertama “Magic: The Gathering x FINAL FANTASY” – Koleksi Seni Daripada Sejarah FF!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 19, 2025
in Artikel, Berita, Tabletop, Trading Card Game
0 0
0
Pandangan Pertama “Magic: The Gathering x FINAL FANTASY” – Koleksi Seni Daripada Sejarah FF!
Share on FacebookShare on Twitter

Magic: The Gathering x FINAL FANTASY ialah set crossover epik yang menggabungkan strategi permainan kad MTG dengan penceritaan yang memukau dan watak ikonik daripada siri FINAL FANTASY.

Dijadualkan untuk keluar pada 13 Jun 2025, set ini menjanjikan pengalaman menarik buat peminat kedua-dua francais, membawa elemen klasik daripada enam belas game utama FINAL FANTASY—dari yang pertama hingga FINAL FANTASY XVI—ke medan pertempuran.

Set ini menyatukan watak, item, dan detik legenda yang telah membentuk dunia FINAL FANTASY selama beberapa dekad. Pemain berpeluang melancarkan sihir berkuasa, menyeru summon klasik, dan meneroka lokasi ikonik—bayangkan menunggang chocobo sambil mencipta kisah epik tersendiri.

Setiap elemen direka dengan teliti untuk menghormati warisan FINAL FANTASY, sambil memperkenalkan elemen baharu yang memperkayakan pengalaman permainan Magic: The Gathering.

Salah satu ciri paling menonjol dalam set ini adalah seni ilustrasinya. Magic: The Gathering—FINAL FANTASY menampilkan koleksi seni FINAL FANTASY terbesar dalam satu permainan, menghimpunkan karya seni yang menakjubkan daripada artis MTG serta ilustrator legenda FINAL FANTASY.

Lebih daripada 100 kad legendary creature, termasuk 55 kad borderless character, semuanya direka khas untuk membangkitkan nostalgia peminat. Kad khas seperti kad borderless woodblock dan kad FINAL FANTASY Artist turut memberikan perspektif baharu terhadap raksasa, summon, dan sihir klasik, semuanya dihasilkan dengan butiran luar biasa.

Selain itu, helaian bonus FINAL FANTASY Through the Ages memaparkan kad MTG ikonik yang diolah semula dengan seni FINAL FANTASY, menampilkan hasil karya artis terkenal seperti YOSHITAKA AMANO dan TETSUYA NOMURA.

Set ini hadir dengan pelbagai pilihan produk untuk memenuhi citarasa pemain:

  • Play Booster Boxes dan Collector Booster Boxes bagi pengalaman draf.
  • Empat dek Commander, setiap satu bertemakan game FINAL FANTASY tertentu—VI, VII, X, dan XIV—membolehkan pemain menghidupkan semula keajaiban klasik ini dalam cara yang baharu.
  • Bundles dan Gift Bundles yang menyediakan pengalaman lengkap dan sedia untuk dimainkan.

Setiap produk direka dengan teliti untuk mengekalkan keaslian dunia FINAL FANTASY, memastikan setiap kad, abiliti, dan teks mencerminkan keindahan francais ini.

Set ini bukan sekadar paparan visual, tetapi juga memperkenalkan mekanik gameplay yang inovatif:

  • Saga Creatures: Kad baharu yang menggabungkan unsur naratif dari kad Saga dengan kekuatan kad creature. Pemain boleh memanggil summon legenda seperti Shiva, yang memasuki medan pertempuran dengan lore counter untuk memberikan efek segera—walaupun kehadirannya hanya bersifat sementara.
  • Double-Faced Cards: Menggambarkan transformasi epik dan kejutan pertarungan bos dalam FINAL FANTASY, kad ini boleh berubah apabila syarat tertentu dipenuhi. Ia menangkap keseronokan evolusi watak dan plot yang tidak dijangka, menawarkan pengalaman permainan yang dinamik seperti dalam RPG klasik.

Magic: The Gathering—FINAL FANTASY boleh dimainkan dalam pelbagai format MTG seperti Standard, Pioneer, Modern, Commander, Vintage, dan Legacy. Selain versi fizikal yang boleh didapati di kedai permainan tempatan dan peruncit dalam talian, set ini juga akan tersedia dalam bentuk digital di Magic: The Gathering Arena.

Pra-tempahan kini dibuka untuk pelbagai pilihan produk, termasuk dek Commander bertemakan FINAL FANTASY, pek booster, dan bundle. Nantikan juga butiran lanjut mengenai pelancaran istimewa untuk musim perayaan hujung tahun ini, serta tiga keluaran eksklusif Secret Lair yang akan membawa dunia FINAL FANTASY ke tahap yang lebih unik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Tags: final fantasyMagic: The GatheringTCG
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Marvel’s Spider-Man 2 (PC) – Permulaan Bermasalah, Tapi Sekarang Bersinar!

Next Post

Dari Yakuza ke Samudera Luas – Wakil RGG Studio, Yokoyama, Kongsikan Visi Baharu Untuk Siri Ikonik

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Dari Yakuza ke Samudera Luas – Wakil RGG Studio, Yokoyama, Kongsikan Visi Baharu Untuk Siri Ikonik

Dari Yakuza ke Samudera Luas – Wakil RGG Studio, Yokoyama, Kongsikan Visi Baharu Untuk Siri Ikonik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd