Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Palworld Bakal Lancar Akses Awal pada 19 Januari! Alami Pengembaraan Bersama Pal Anda!

Maira by Maira
January 10, 2024
in Artikel, Berita, Game, PC, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Palworld Bakal Lancar Akses Awal pada 19 Januari! Alami Pengembaraan Bersama Pal Anda!

Sumber: Pocket Pair

Share on FacebookShare on Twitter

Didedahkan pada Summer Game Fest 2023, game “multiplayer open-world survival crafting” Palworld akan melancarkan akses awal pada bulan ini! Melalui trailer rasmi, akses awal Palworld akan tersedia pada 19 Januari 2024 di Xbox Series, Xbox One, Xbox Game Pass dan PC melalui Steam.

Sambil anda memulakan pengembaraan dalam Palworld, anda akan bertemu pelbagai “Pal”. Tangkap mereka, berlawan, beri mereka kerja malah jual mereka! Macam-macam perkara yang anda boleh lakukan dengan Pal anda!

Akses awal Palworld dijangka menerima pelbagai kemas kini dan tambahan baharu selama setahun. Jadi anda boleh jangkakan banyak kandungan untuk dimainkan nanti.

Ciri-ciri menarik game

Survival – Dunia ini penuh dengan bahaya seperti kekurangan makanan, cuaca buruk dan pemburu haram. Anda mesti bersedia untuk melakukan apa sahaja jika ingin terus hidup. Anda mungkin perlu makan Pal kadang-kadang.

Membina bangunan – Mahu membina piramid? Anda boleh menyuruh Pal untuk bekerja pada pembinaan. Jangan risau; undang-undang buruh tidak boleh diaplikasikan kepada Pal.

Sumber: Pocket Pair

Bercucuk tanam – Pal berbeza mahir dalam perkara yang berbeza seperti menyemai, menyiram, menuai dan lain-lain. Bina ladang dan kebun yang menarik dengan Pal anda. Terdapat juga Pal yang boleh menduplikasikan diri mereka sendiri apabila ditanam.

Kilang dan Automasi – Amat penting untuk membenarkan Pal melakukan kerja manual. Bina kilang dan letakkan Pal di dalam. Mereka akan bekerja selama-lamanya selagi diberi makan mencukupi sehingga hujung hayat mereka.

Sumber: Pocket Pair

Penjelajahan Dungeon – Bersama Pal, anda akan selamat di kawasan berbahaya. Jika dalam bahaya, anda boleh menggunakan Pal untuk melindungi anda, yang sanggup mengorbankan nyawa untuk pemain.

Pembiakan dan Keturunan – Apabila membiak Pal, mereka akan mewarisi ciri ibu bapa. Campurkan spesies Pal yang jarang ditemui untuk membesarkan makhluk yang paling kuat!

Sumber: Pocket Pair

Pemburuan haram dan Jenayah – Spesies Pal yang terancam tinggal di kawasan larangan memburu. Jika anda menyelinap masuk dan menangkap mereka, anda akan mendapat banyak wang! Ia hanya salah di sisi undang-undang jika anda ditangkap.

Multiplayer – Game ini menyokong multiplayer sehingga 32 pemain. Jemput rakan anda untuk menyertai pengembaraan bersama. Sudah tentu, anda boleh bertarung dan berdagang dengan pemain lain!

Sumber: Pocket Pair

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: PalworldPocket Pair
ShareTweetSend
Previous Post

Mobile Legends: Bang Bang Akan Berkolaborasi Dengan Attack on Titan!

Next Post

5 Anime yang Membunuh Watak Utama Pada Penamat Siri!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
5 Anime yang Membunuh Watak Utama Pada Penamat Siri!

5 Anime yang Membunuh Watak Utama Pada Penamat Siri!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd