Selepas banyak khabar angin mengenai kolaborasi game Mobile Legends: Bang Bang dengan siri anime popular, akhirnya pengumuman rasmi telah dikeluarkan! Melalui akaun sosial rasmi game, Mobile Legends: Bang Bang akan berkolaborasi dengan siri Attack on Titan pada 2024! Walaupun begitu tidak banyak perkara yang didedahkan selain daripada visual pertama untuk kolaborasi itu.
Tetapi ada beberapa leak yang telah keluar sebelum pengumuman rasmi ini keluar. Dilaporkan bahawa tiga watak akan mendapat skin khas kolaborasi ini. Watak tersebut adalah Fanny sebagai Mikasa, Yin sebagai Eren dan Martis sebagai Levi. Melihat design Fanny, memang tidak pelik jika watak tersebut digayakan seperti Mikasa. Kebolehannya juga menyerupai Omni-directional gear yang digunakan dalam siri Attack on Titan.

Yin memang tidak asing dengan kolaborasi anime, lebih-lebih lagi selepas watak itu pernah digayakan untuk kelihatan seperti Yuji Itadori semasa kolaborasi Jujutsu Kaisen.

Martis pula agak susah untuk dibayangkan rupanya dengan gaya levi, kerana bentuk badannya sahaja sudah berbeza daripada Levi. Tetapi renungan tajam Martis memang serupa dengan watak anime itu. Apa pun kita tunggu sahaja pendedahan lanjut acara kolaborasi Mobile Legends: Bang Bang dan Attack on Titan pada masa akan datang.

Untuk mendapatkan segala berita mengenai Mobile Legends: Bang Bang daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post