Walaupun mengisahkan tentang idol, Oshi no Ko sebenarnya adalah manga yang sangat gelap dengan tema dewasa. Dengan pelbagai plot twist dan bermacam-macam cliffhanger, bab terbaru Oshi no Ko mungkin adalah yang paling mengejutkan setakat ini dengan kematian salah satu watak utama.
New Chapter UP
(For English Series)
【OSHI NO KO】 Chap 158https://t.co/EYMxYmQQ7V pic.twitter.com/kNVHpViCdZ— MANGA Plus by SHUEISHA (@mangaplus_o) August 21, 2024
AMARAN! SPOILER UNTUK OSHI NO KO BAB 158!!
Bab 158 bermula dengan cukup riang di mana kita melihat Ruby Hoshino dan Akane Kurokawa berbual selepas konsert B-Komachi di Miyazaki.
Selepas menjadi semakin popular, Ruby kini dipuji oleh sesetengah peminat sebagai idol yang lebih baik daripada Ai Hoshino. Bagi seorang idol, asalkan jumlah peminat semakin bertambah, itu sahaja yang penting. Tetapi kerana itu, sesetengah peminat tidak menyukai Ruby dan ingin melihatnya gagal atau cuba untuk menghancurkan kerjaya/hidupnya.
Adegan kemudian beralih kepada Fuyuko Niino yang sedang bercakap dengan Hikaru Kamiki (antagonis utama) di telefon. Kamiki mencadangkan agar mereka pergi ke polis dan mendedahkan jenayah masing-masing, supaya boleh mendapat pengampunan walaupun sedikit. Tetapi, Fuyuko tidak bersedia untuk semua itu.
Ramai yang tidak tahu, Fuyuko Niino sebenarnya ialah antagonis terakhir dalam Oshi no Ko. Merupakan antara ahli original B-Komachi, dia adalah bekas ‘center’ untuk B-Komachi sebelum posisi itu diambil oleh Ai Hoshino.
Walaupun membenci rakannya kerana mengambil posisi yang diidamkan, selepas kematian Ai, dia sangat menyesal kerana membiarkan rasa cemburu itu memecah belah hubungan mereka. Kejadian ini mengakibatkan Fuyuko mempunyai obsesi toksik terhadap idol tersebut.
Selepas panggilan itu, masa pun berlalu ke Hari Krismas, yang juga adalah hari terakhir untuk konsert B-Komachi dan persembahan terakhir Kana Arima.
Di penghujung bab, seorang individu gila tiba-tiba telah menikam Ruby, semasa gadis itu membuka pintu rumah. Adegan ini sama seperti yang berlaku kepada Ai dalam bab 9, dan mengikut penampilannya, individu gila itu mungkin adalah Fuyuko Niino.
Persoalannya, adakah Ruby akan terselamat? Ibunya Ai tidak cukup bernasib baik, tetapi Ruby mungkin dapat mengubahnya. Adakah siri ini akan tamat dengan kematian watak utama – kami akan tahu apa berlaku apabila Oshi no Ko bab 159 dikeluarkan.
Untuk membaca apa yang berlaku, anda boleh pergi ke laman web rasmi Manga Plus.
@gamersantaimy
Discussion about this post