Tidak pernah lari daripada akar umbi francais, Gundam Breaker 4 merupakan entri terbaru dalam siri tetapi kali ini memfokuskan pada ‘aksi hack-and-slash’ yang lebih ‘fast-paced’ dan pembinaan Gunpla lebih bervariasi.
Membenarkan pemain mencipta Gunpla impian mereka daripada koleksi Mobile Suit paling terbesar setakat ini, Gundam Breaker 4 turut memperkenalkan pelbagai fitur serba baharu yang menggandakan keseronokan sambil memudahkan pengalaman pemain.
Di sini, rakan kami mendapat peluang untuk menemu ramah Masanori Tanaka, Produser Gundam Breaker 4, untuk bertanya lebih lanjut tentang apa yang berlaku di sebalik tabir, rancangan terkini, dan jangkaan game untuk masa depan. Tanpa melengahkan masa lagi berikut adalah temu ramah lengkap.
Bagaimanakah anda mengimbangi antara customization yang kompleks untuk senjata dan bahagian ganti (parts) sambil mengekalkan rasa cabaran dan kemajuan game?
Masanori Tanaka: Kami telah memutuskan untuk tidak membuat bahagian ganti yang dianggap lemah. Terdapat 2 elemen, iaitu level dan juga realiti.
Bagi level, semua bahagian ganti sebenarnya telah dioptimumkan supaya, di penghujung hari, ia memerlukan parameter yang sama untuk semua. Pada masa yang sama untuk realiti, rangka kerja telah direka sama untuk semua supaya kami mencapai sasaran yang serupa untuk setiap bahagian ganti ini.
Apakah rancangan masa depan Gundam Breaker 4? Adakah pada masa ini terdapat roadmap tentang kemas kini pada tahun-tahun akan datang?
Masanori Tanaka: Untuk roadmap Gundam Breaker 4, akan ada Season Pass pada masa hadapan serta DLC Diorama yang telah disediakan.
Tentang jenis kandungan DLC, akan ada kandungan berasingan yang disediakan, yang kami akan mengumumkan pada masa hadapan. Kami tidak sabar untuk memberitahu anda pada masa akan datang tentang semua ini. Buat masa sekarang, itu adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu.
Adakah game akan mempunyai server SEA, server Jepun, server Asia atau sebagainya untuk komunikasi yang lebih baik dan latency yang lebih rendah bagi perlawanan online?
Masanori Tanaka: Buat masa ini, tidak ada rancangan untuk mempunyai server di wilayah berbeza di mana pemain boleh klik atau memilih wilayah dan server mana untuk pergi. Buat masa ini, tiada rancangan sedemikian.
Walau bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada matchmatching bagi kawasan yang mempunyai latency lebih tinggi. Mereka akan dipadankan ke tempat yang betul. Jika itu tidak berfungsi dengan baik pada asas lebih luas, akan ada matchmatching di seluruh dunia untuk menangani isu ini.
Semasa mencipta Gundam Breaker 4, apakah matlamat terbesar semasa membuat game dari segi membezakannya daripada judul-judul Gundam Breaker dahulu? Apakah ciri yang paling anda teruja untuk pemain alami?
Masanori Tanaka: Matlamat pertama kami sudah tentu adalah untuk mencipta game dan versi yang sesuai dengan siri ini, supaya dapat membuat peminat setia menikmati dan memainkan judul baharu ini. Bagi ciri yang harus diserlahkan, itu ialah Diorama Mode yang baru dimasukkan, yang kami harap benar-benar dinantikan oleh peminat.
Dengan keupayaan yang lebih besar untuk melakukan customization serta jumlah diorama yang lebih luas, kami berharap peminat benar-benar mengalami ciri baharu ini melalui konfigurasi Gunpla. Oleh itu, diorama adalah ciri utama untuk kerja khusus ini.
Dalam hal itu, kami berharap ada Diorama dan penciptaan Gunpla lebih hebat, yang ditunjukkan oleh orang ramai dan peminat dan juga berkongsi dengan mereka. Bukan sahaja Avatar, tetapi juga Pilot, kami mempunyai diorama yang boleh dikonfigurasikan seperti Gunpla, yang kami harap peminat akan seronok berkongsi juga.
Gundam Breaker 4 muncul bertahun-tahun selepas New Gundam Breaker dan Gundam Breaker 3. Ada kemungkinan ramai pemain baharu menyertai alam Gundam Breaker. Bolehkah anda menerangkan game ini kepada pendatang baru untuk memastikan bahawa mereka boleh menikmati game ini sama seperti peminat lama?
Masanori Tanaka: Kami ingin menyerlahkan bahawa terdapat game Gundam lain, tetapi ini satu-satunya game dalam siri yang menyediakan Gunpla.
Siri ini adalah tempat di mana Gunpla menjadi tumpuan utama dan kerana itu, apabila berlaku pertempuran, anda boleh menyerang Gunpla lain dan melihat tangan tercabut. Apabila menghadapi musuh, ia boleh menjadi Gundam yang sama sekali berbeza kerana jumlah Gunpla dan konfigurasinya.
Inilah yang ingin kami ketengahkan dan ingin diingati dalam siri Gundam Breaker. Ia benar-benar tentang Gunpla dalam siri ini, dan kami sebenarnya mempunyai 250 (kit), di mana kepala, badan dan kaki boleh ditukar ganti supaya Gunpla unik dapat dicipta dan individualistik.
Di antara banyak game Gundam yang tersedia, ini adalah satu-satunya yang membolehkan Gunpla original dicipta. Ia sangat boleh diubah suai. Ia benar-benar unik dan individualistik: dan menggunakan Gunpla ini untuk bertarung adalah kegembiraan yang ingin kami tunjukkan kepada peminat dan pemain baharu.
Untuk Diorama Mode, adakah akan ada rancangan untuk acara komuniti atau menampilkan ciptaan daripada komuniti?
Masanori Tanaka: Ya, seperti yang telah dilakukan dalam Open Network Test bagi Gunpla, kami menjemput pemain untuk muat naik ciptaan. Akan ada peluang untuk Diorama turut dicipta dan dimuat naik pada masa hadapan. Maklumat ini akan disediakan tidak lama lagi, jadi kami mengharapkan sokongan anda apabila ia tersedia.
Memandangkan game ini telah menjalani dua Open Network Test, bagaimanakah penerimaan daripada pemain setakat ini dan sama ada terdapat sebarang maklum balas penting yang akan ditangani oleh pembangun sebelum dikeluarkan?
Masanori Tanaka: Kami telah menerima maklum balas semasa acara-acara ini. Walau bagaimanapun, kami tidak ada dalam posisi untuk mendedahkannya.
Tetapi ada satu perkara yang boleh kita bincangkan: iaitu apabila seseorang masuk dari lobi luar dan bilik itu sudah penuh dengan orang, ia menjadi situasi di mana ada beberapa isu dan itu berlaku secara agak kerap…
Jadi ini adalah sesuatu yang kami akan teliti dan ingin membuat pelarasan pada sistem matchmatching supaya boleh menjadi lebih ideal.
Bercakap lebih lanjut tentang Diorama Mode, bolehkah kami memaparkan Gunpla rakan yang telah dicipta dalam game?
Masanori Tanaka: Kami tidak akan dapat memaparkan Gunpla yang telah dibuat oleh orang lain di kawasan sendiri.
Open Network Test tersedia dalam pelbagai platform popular seperti PlayStation, Nintendo Switch dan PC. Adakah kesemuanya boleh bermain bersama semasa pelancaran penuh, atau adakah terdapat sebarang rancangan untuk crossplay?
Masanori Tanaka: Crossplay boleh dilaksanakan antara pemain PlayStation 4 dan PlayStation 5. Crossplay antara PlayStation atau Nintendo Switch tidak tersedia.
Customization Gundam Breaker 4 sangat mendalam. Walau bagaimanapun, terdapat banyak bahagian ganti, kemahiran dan stats dalam sistem. Apakah cara terbaik untuk pemain baharu memahami semua aspek dan statistik ini?
Masanori Tanaka: Terdapat banyak customization yang boleh dibuat, dan ini menghasilkan banyak elemen dan parameter. Apa yang telah kami pilih untuk lakukan ialah membuang sebahagian barang ganti dalam game.
Sudah tentu ia bagus jika seseorang menggunakan semua elemen dalam pertempuran mereka, tetapi mereka juga boleh membuang bahagian ganti dan apabila menang atau menukar bahagian ini, ia menjadi lebih baik dari masa ke masa dari segi penggunaan parameter.
Oleh itu, ia menjadi kitaran yang membolehkan pemain mempunyai satu set parameter, selesakan diri dengannya, menguatkan bahagian ganti, dan membiasakan diri semasa maju.
Apabila pemain maju dalam game dan mencapai fasa tertentu, akan ada parameter baharu yang disediakan yang mereka kemudian boleh membiasakan diri dan menggunakan dalam game dan menikmati. Begitu juga apabila seseorang maju dalam game, Gunpla mereka menjadi lebih kuat dari semasa ke semasa.
Dari segi sistem, terdapat pemahaman yang lebih baik semasa makin jauh dalam game dan pemain diharapkan dapat menikmati proses ini.
Semasa ujian dalam talian, kami mendapati banyak Mobile Suit muncul dalam setiap Quest, terutamanya untuk pertarungan bos. Bolehkah anda berkongsi kriteria untuk memilih Mobile Suit ini sebagai bos setiap peringkat?
Masanori Tanaka: Terdapat pelbagai bos yang muncul dan ia sebenarnya mempunyai set kemahiran relevan. UT mungkin agak terhad semasa Open Network test, tetapi kemahiran yang dimiliki akan menentukan hal ini.
Oleh itu, ada kemungkinan ‘produk’ berbeza boleh dibuat secara kombinasi. Contohnya, Freedom Gundam bersama Justice Gundam, yang kemudian akan mengambil bentuk istimewa. Ada kemungkinan untuk membuat pelbagai jenis pilihan di sana.
Maka, tamatlah interviu kami bersama Masanori Tanaka tentang GUNDAM BREAKER 4. Terima kasih kerana sudi menjawab semua soalan kami!
Bagi mereka yang berminat, GUNDAM BREAKER 4 akan dilancarkan pada 29 Ogos 2024 dan kini tersedia untuk pre-order di Nintendo Switch, PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC melalui Steam melalui laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post