Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Oshi no Ko Sah Mendapat Adaptasi Live Action! Bakal Tayang Secara Global di Prime Video!

Maira by Maira
January 24, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Oshi no Ko Sah Mendapat Adaptasi Live Action! Bakal Tayang Secara Global di Prime Video!

©赤坂アカ×横槍メンゴ/集英社・東映  ©赤坂アカ×横槍メンゴ/集英社・2024 映画【推しの子】製作委員会

Share on FacebookShare on Twitter

Selepas khabar angin mengenai adaptasi live action mengenai siri manga popular, Oshi no Ko, akhirnya Amazon dan Toei telah mengesahkan berita tersebut! Diumumkan bahawa Oshi no Ko bakal mendapat adaptasi filem dan siri televisyen live action! Toei akan melepaskan filem tersebut pada pawagam manakala siri televisyen pula akan dilepaskan melalui Amazon Prime Video secara global pada musim sejuk 2024 (hujung tahun 2024).

©赤坂アカ×横槍メンゴ/集英社・東映  ©赤坂アカ×横槍メンゴ/集英社・2024 映画【推しの子】製作委員会

Bersama-sama pengumuman tersebut, visual memaparkan pelakon dalam kostum watak turut didedahkan! Bukan setakat itu sahaja, dua pelakon utama merupakan bekas idol! Jom kami perkenalkan pelakon-pelakon tersebut kepada anda!

  • Nagisa Saito (bekas idol kumpulan =LOVE) sebagai Ruby
  • Asuka Saito (bekas idol kumpulan Nogizaka46) sebagai Ai
  • Kaito Sakurai sebagai Aqua
  • Nanoka Hara sebagai Kana Arima
  • Mizuki Kayashima sebagai Akane Kurokawa
  • ano sebgai Memcho
Sumber: Yen Press

Oshi no Ko merupakan siri manga yang ditulis oleh Aka Akasaka, pencipta Kaguya-sama: Love is War dan dilukis oleh Mengo Yokoyari, pencipta Scum’s Wish. Siri ini pertama kali diterbitkan melalui majalah Weekly Young Jump milik Shueisha pada April 2020.

Kini sudah 11 jilid manga yang telah dilepaskan dan jilid ke-12 akan dilepaskan pada Julai 2023. Versi bahasa Inggeris juga telah diterbitkan oleh Yen Press. Anda juga boleh membacanya secara percuma dalam talian melalui aplikasi dan laman web Manga Plus.

Musim kedua siri anime juga dijadualkan untuk tayang pada tahun ini, tetapi tiada tarikh rasmi yang dijadualkan. Jadi kita nantikan pengumuman baharu pada masa akan datang.

Untuk mendapatkan liputan menarik mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Oshi no KoOshi no Ko Live Action
ShareTweetSend
Previous Post

Foamstars Interview — Memperkenalkan Game Shooter Baharu Dalam Pasaran, Ingin Cipta Game Untuk Pelbagai Jenis Pemain!

Next Post

Death Stranding Director’s Cut Bakal Lancar di iPhone 15 Pro, iPad & Mac pada Hujung Januari Ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Death Stranding Director’s Cut Bakal Lancar di iPhone 15 Pro, iPad & Mac pada Hujung Januari Ini!

Death Stranding Director's Cut Bakal Lancar di iPhone 15 Pro, iPad & Mac pada Hujung Januari Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd