Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Punch Man Season 3 Dedahkan Teaser Baharu! J.C. Staff Kembali Hasilkan Animasi!

Maira by Maira
March 1, 2024
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
One Punch Man Season 3 Dedahkan Teaser Baharu! J.C. Staff Kembali Hasilkan Animasi!

©ONE・村田雄介/集英社・ヒーロー協会本部

Share on FacebookShare on Twitter

Setelah lama menanti dan banyak khabar angin, akhirnya One Punch Man Season 3 dedahkan teaser serta studio animasi yang akan menghasilkan siri tersebut! Nampaknya khabar angin kali ini ternyata salah kerana J.C. Staff telah diumumkan sebagai studio yang bertanggungjawab dalam menghasilkan sambungan kepada musim kedua siri. Anda boleh tonton teaser pertama di bawah.

Pelakon suara untuk Saitama dan Garou iaitu Makoto Furukawa dan Hikaru Midorikawa akan kembali untuk menyuarakan watak masing-masing.

Elok selepas pengumuman baharu ini dikeluarkan, pelbagai reaksi yang telah diberikan peminat-peminat di Internet. Ramai yang agak skeptikal dengan J.C Staff menghasilkan musim baharu ini, selepas melihat hasil akhir musim kedua yang kurang impaknya berbanding musim pertama yang dihasilkan oleh Madhouse. Sudah tentu ramai juga peminat yang teruja lebih-lebih lagi melihat teaser yang nampak betapa sengitnya musim baharu ini nanti.

©ONE・村田雄介/集英社・ヒーロー協会本部

Buat masa ini, masih tiada tarikh tayangan yang dijadualkan untuk One Punch Man Season 3. Jadi kita nantikan sahaja pengumuman serta trailer rasmi akan datang.

©ONE・村田雄介/集英社・ヒーロー協会本部

Dicipta oleh ONE pada 2009, One-Punch Man bermula sebagai web-comic yang mengisahkan seorang hero bernama Saitama. Hero botak itu nampaknya seperti lelaki biasa, tetapi dia sebenarnya adalah orang terkuat di dunia. Dengan kemampuan untuk mengalahkan musuh dengan satu tumbukan, Saitama hanya ingin mencari musuh yang cukup kuat untuk mencabarnya.

Untuk membaca segala liputan kami tentang One-Punch Man, sila tekan pautan ini.

Tags: One Punch ManOne Punch Man S3One Punch Man Season 3OPM
ShareTweetSend
Previous Post

Senarai Filem Menarik di Pawagam Sepanjang Mac 2024!

Next Post

Ultraman: Rising Bakal Hadir ke Netflix pada Jun Ini, Visual Baharu Didedahkan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Ultraman: Rising Bakal Hadir ke Netflix pada Jun Ini, Visual Baharu Didedahkan!

Ultraman: Rising Bakal Hadir ke Netflix pada Jun Ini, Visual Baharu Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd