Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Punch Man Season 3 Akan Datang Pada 2025, Sempena Ulang Tahun Ke-10!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 16, 2024
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
One Punch Man Season 3 Akan Datang Pada 2025, Sempena Ulang Tahun Ke-10!
Share on FacebookShare on Twitter

Penantian hampir berakhir! One Punch Man Season 3 rasmi akan disiarkan pada tahun 2025, bertepatan dengan ulang tahun ke-10 musim pertamanya. Berita ini diumumkan di laman web rasmi One Punch Man, yang turut mendedahkan rancangan 10 fasa untuk memperingati pencapaian istimewa ini.

1stPunch👊

Anime One-Punch Man” Season 3 scheduled to air in 2025!

The newest Season of the series is scheduled to air in the 10th anniversary year of when the First Season aired!
Look forward to more information.https://t.co/XQLgmpyNj3#onepunchman pic.twitter.com/6XfNtJfYe3

— TVアニメ「ワンパンマン」公式 (@opm_anime) December 13, 2024

Sejak debutnya pada tahun 2015, One Punch Man, berdasarkan manga karya ONE dan Yūsuke Murata, telah memikat hati peminat di seluruh dunia. Siri ini telah menampilkan dua musim penuh aksi, masing-masing dengan 12 episod, serta 12 OVA.

Namun, perjalanan menuju Season 3 mengambil masa yang panjang, dengan jurang enam tahun sejak Season 2 ditayangkan pada tahun 2019.

Musim baru ini akan dihasilkan oleh studio J.C. Staff, yang turut bertanggungjawab ke atas Season 2. Sebahagian besar pelakon suara dan kru produksi dari musim sebelumnya akan kembali.

Sambutan Ulang Tahun Ke-10 One Punch Man

Bagi meraikan ulang tahun ke-10 anime ini, siri ini melancarkan projek menarik yang merangkamui “10 Fasa”, dengan tayangan perdana Season 3 sebagai fasa yang pertama. Berikut adalah apa yang telah disahkan setakat ini:

  • Tayangan Perdana One Punch Man Season 3: Akan disiarkan pada tahun 2025, membawa babak baharu dalam perjalanan epik Saitama.
  • Visual Ulang Tahun Ke-10: Visual baharu dilancarkan untuk memperingati sedekad francais ini.

2ndPunch👊

The 10thanniversary visual and logo has been revealed!

The visual contains newly drawn artwork of ten characters

Saitama
Genos
Terrible Tornado
Hellish Blizzard
Suiryu
Speed-o’-Sound Sonic
Garou
Vaccine Man
Deep Sea King
Boroshttps://t.co/XQLgmpyNj3#onepunchman pic.twitter.com/gftaKSATnR

— TVアニメ「ワンパンマン」公式 (@opm_anime) December 13, 2024

  • Video Promosi dengan Sarikata Bahasa Inggeris: Tersedia online untuk peminat di seluruh dunia.
  • Klip Sorotan di YouTube: Urutan pembukaan dan penutup dari dua musim pertama, serta episod pertama setiap musim (episod #1 dan #13), akan disiarkan secara global dengan sarikata Bahasa Inggeris.

4th Punch👊

The non-credit Opening and Ending of both Season 1 and 2 had been released!
Check out the videos in the following thread.https://t.co/RkFGEpP6Rh#onepunchman pic.twitter.com/Ce4TBSKDWG

— TVアニメ「ワンパンマン」公式 (@opm_anime) December 13, 2024

  • Festival Muzik “Maji Ongaku-Sai”: Acara ini akan berlangsung pada 14 September 2025 di Nerima Cultural Center, Tokyo, dengan penampilan daripada JAM Project, Hiroko Moriguchi, Makoto Miyazaki, serta pelakon suara Makoto Furukawa, Kaito Ishikawa, dan Hikaru Midorikawa.

6th Punch👊

A music event
“One-Punch Man Serious Music Festival”
will be held on September 14 2025!

There will be Special live performances of OP & ED and the anime’s musical score as well as a live reading from the cast!
More informationhttps://t.co/RFdMShxCmB#onepunchman

— TVアニメ「ワンパンマン」公式 (@opm_anime) December 13, 2024

Empat “fasa ” lain dalam rancangan ini akan diumumkan kemudian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Tags: animeOne Punch Man
ShareTweetSend
Previous Post

Comic Fiesta 2024 Mengadakan Pameran Komik Hong Kong Di KLCC Bermula 21 Disember!

Next Post

[LEVEL UP KL 24] Dari Pembangunan ke QA: Bagaimana AI Mengubah Industri Gaming, Menurut Jun Shimoda Dari Microsoft

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
[LEVEL UP KL 24] Dari Pembangunan ke QA: Bagaimana AI Mengubah Industri Gaming, Menurut Jun Shimoda Dari Microsoft

[LEVEL UP KL 24] Dari Pembangunan ke QA: Bagaimana AI Mengubah Industri Gaming, Menurut Jun Shimoda Dari Microsoft

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd