Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Watak kuat mungkin mati dibunuh oleh Blackbeard Pirates *SPOILER*

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 26, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga, Spoiler
0 0
0
One Piece: Watak kuat mungkin mati dibunuh oleh Blackbeard Pirates *SPOILER*
Share on FacebookShare on Twitter

Monkey D. Garp merupakan antara hero legenda dalam dunia One Piece dan walaupun dia adalah askar Marine, majoriti peminat amat menyukainya. Malah, dia antara watak paling popular dalam siri selama bertahun-tahun kerana personalitinya yang lucu, mengutamakan keadilan dan mementingkan kawan seperti cucunya, Luffy. Malangnya, tragedi baru telah menimpa watak tersebut kerana Garp mungkin telah mati dalam bab terkini manga One Piece.

Kisah penuh adalah seperti berikut:

AMARAN! SPOILER ONE PIECE BAB 1087 & 1088 DI BAWAH! BACA BAB SEBELUM DI SINI!

Kredit: Shueisha

Ringkasan: Garp tiba di Pirate Island untuk menyelamatkan Koby yang diculik oleh Blackbeard Pirates. Ternyata, misi ini tidak mudah kerana pulau itu penuh dengan krew Blackbeard, termasuk bekas Marine Admiral, Aokiji (kini dipanggil sebagai Kuzan).

Rupanya, hubungan mereka lebih rumit daripada yang kita sangkakan kerana Kuzan dahulu adalah murid yang paling disayangi oleh Garp, sama seperti Koby sekarang. Kekuatan Garp juga dipamerkan dalam adegan ini apabila dia menghadapi menghadapi Kuzan dan semua lanun Blackbeards sekaligus, tanpa banyak masalah.

Kredit: Shueisha

Tetapi, keadaan berubah apabila Koby terjatuh ke dalam perangkap, yang membuatkannya terdedah kepada serangan Shiryu. Demi menyelamatkan Koby, Garp membiarkan badannya ditikam oleh pedang Shiryu yang diselubungi oleh Haki. Walaupun cedera parah, Garp masih dapat menewaskan Shiryu dengan satu tumbukan.

Kuzan kembali untuk melawan Garp dan kedua-duanya menumbuk muka masing-masing dengan tumbukan bersalut Haki, sehingga ke belakang. Garp bangkit sekali lagi dan memikirkan rancangan supaya askar Marine dapat melarikan diri.

Kredit: Shueisha

Di adegan lain, semua Marine di kapal Garp dalam keadaan panik kerana Avalo Pizarro (salah seorang Ten Titanic Captain dalam krew Blackbeard) cuba untuk menghancurkan kapal dengan tangan gergasi yang diperbuat daripada sebahagian pulau.

Walaupun ditembak meriam, tiada satu serangan yang berfungsi – jadi Tashigi memerintahkan semua orang untuk meninggalkan kapal dan melindungi orang awam. Di pulau, Garp memberitahu Koby, Prince Grus, dan Helmeppo bahawa mereka boleh menyelamatkan sekutu bersama-sama.

Kredit: Shueisha

Garp berdiri semula dan Kuzan bertanya ke mana dia hendak pergi sedangkan cedera parah seperti itu. Garp berkata ini hanya “luka ringan” dan menyerbu bekas muridnya lalu berlari dengan pantas ke batu tengkorak besar yang dihuni oleh Pizarro.

Tiba sahaja, dia menggunakan serangan bernama Galaxy Divide untuk membelah batu itu kepada dua (serangan ini juga mencederakan badan utama Pizarro).

Kredit: Shueisha

Melihat peluang itu, Koby melompat ke udara untuk melancarkan serangan sendiri ke tangan buatan Pizzaro (tangan sama yang menghalang pihak Marine daripada melarikan diri). Rupanya, Koby telah berlatih tanpa henti secara rahsia supaya boleh menjadi lebih kuat.

Di udara, Koby melancarkan Honesty Impact; tumbukan kuat disalut dengan Armament Haki yang membelah seluruh tangan Pizarro.

Kredit: Shueisha

Helmeppo menangkap Koby manakala Grus menggunakan abiliti Clay Nest untuk membuat jaring labah-labah tanah liat untuk menangkap serpihan batu yang terjatuh. Mereka bertiga naik ke atas kapal dan dipanggil oleh Garp yang melaporkan bahawa misi itu berjaya.

Malangnya, Garp menyuruh semua orang untuk meninggalkannya dan selamatkan diri mereka sendiri. Walaupun berat, akhirnya semua orang terpaksa akur dengan perintah itu.

Kredit: Shueisha

Di muka surat terakhir, keadaan Garp nampaknya di ambang kematian. Dadanya telah ditikam oleh Kuzan manakala badannya dibekukan hingga ke keadaan hampir mati. Sebelum dibekukan sepenuhnya, Garp memberitahu bahawa semua Marine yang ada di sana adalah masa depan Navy. Selepas itu, Garp dibekukan dan nasib sebenarnya tidak diketahui.

Keesokan hari, berita tentang kehilangan Garp telah disebarkan dalam surat khabar di seluruh dunia.


Pasti ramai peminat tertanya-tanya sama ada Garp telah mati atau tidak? Bagi saya, saya rasa dia hanya ditangkap oleh Blackbeard dan dijadikan tebusan… tetapi ada juga yang berspekulasi bahawa dia betul-betul mati. Apa pendapat korang pula? Jom kongsi di ruang komen!

Baca segala berita kami tentang One Piece di SINI.

Tags: GarpKobymangaone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Jom sertai giveaway Gamers Hideout untuk menang PS5! Promosi diskaun ATOME turut ada!

Next Post

Kenali 5 Villain Ikonik dalam Marvel – Pemusnah & Pengancam dunia Marvel!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Kenali 5 Villain Ikonik dalam Marvel – Pemusnah & Pengancam dunia Marvel!

Kenali 5 Villain Ikonik dalam Marvel - Pemusnah & Pengancam dunia Marvel!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd