Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Identiti & fungsi sebenar “Gorosei”, lima orang tua dalam One Piece!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 19, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Identiti & fungsi sebenar “Gorosei”, lima orang tua dalam One Piece!
Share on FacebookShare on Twitter

Manga One Piece kini sedang berehat selama satu sebulan sementara kita menunggu penciptanya, Eiichiro Oda, sembuh daripada pembedahan mata. Namun sebelum “cuti lama” ini, mereka sempat mendedahkan identiti sebenar para Gorosei, sekumpulan Celestial Dragon tua yang bertindak sebagai “ketua” kepada World Government.

Selama bertahun-tahun menunggu, identiti mereka dirahsiakan tetapi akhirnya kita tahu apakah fungsi kewujudan Gorosei dan rancangan gelap mereka. Bukan itu sahaja, bab terkini turut mendedahkan macam-macam maklumat lain berkaitan dengan Imu (pemimpin jahat sebenar yang pengaruhnya lebih tinggi daripada Gorosei), zaman Void Century dan juga rahsia nama “D“.

Jadi jika anda ingin tahu lebih lanjut? Teruskan membaca!

AMARAN! SPOILER ONE PIECE BAB 1085 dan 1086 DI BAWAH! BACA SPOILER 1084 DI SINI!

Imu merahsiakan nama “D”

Kredit: Shueisha

Dalam bab 1085, Imu memberitahu Nefeltari Cobra bahawa “D” adalah nama untuk orang yang menentangnya. Malangnya, tiada seorang pun di dunia yang tahu tentang kepentingan nama “D” pada masa kini. Asal usul “D” juga sudah lama wujud dan berlaku kerana kesilapan oleh Nefeltari Lily pada 800 tahun lalu di mana Lily “melepaskan” semua Ponegliff di seluruh dunia.

Imu memberitahu Cobra bahawa kebenaran terkandung dalam surat yang ditinggalkan oleh Lily. Cobra membaca surat itu dan menyebut kuat-kuat bahawa nama penuh Lily adalah “Nefeltari D. Lily“. Dalam sekelip mata, Imu (atau salah satu Gorosei) menikam Cobra dengan ekor berbentuk anak panah.

Kredit: Shueisha

Tiba-tiba, Sabo muncul (setelah mencuri dengar perbualan), dan serta merta menyerang Gorosei dengan teknik Fire Fist diikuti oleh Rook Check, tetapi serangannya dihalang oleh Imu. Di sekeliling semua Gorosei telah berubah menjadi makhluk besar dan menakutkan. Ketika ini, gambar Sabo yang sedang berdiri di sebelah badan Cobra telah diambil lalu diterbitkan dalam surat khabar.

Imu dan para Gorosei cuba menyerang, jadi Sabo cuba melarikan diri dengan Cobra, tetapi dia memberitahu Sabo untuk meninggalkannya. Sabo menolak, tetapi Cobra menjelaskan dia perlu menyampaikan mesej kepada Luffy dan Vivi (anak Cobra). Mesejnya ialah keluarga Nefertari berkongsi nama“D”, dan dia tahu laluan yang perlu diambil oleh negara Alabasta sekarang.

Kredit: Shueisha

Tanpa duga, Imu menyerang Cobra dan Sabo sekali lagi, mencederakan kedua-duanya. Cobra paksa dirinya untuk berdiri, dan membacakan mesej di dalam surat Lili ketika Imu akhirnya membunuhnya. Hasrat terakhir Cobra ialah supaya Sabo dapat menyampaikan apa yang dia lihat dan dengar serta terus hidup.

Sabo akhirnya melarikan diri, tetapi perhatian para Gorosei beralih kepada individu lain yang sedang menyorok, iaitu Wapol. Diserang ketakutan, Wapol turut melarikan diri.

Kredit: Shueisha

Di adegan lain, Vivi ditangkap oleh CP0. Ketika Vivi memikirkan cara untuk melarikan diri, Wapol terhempas melalui dinding bilik. Di sini, Vivi mengambil peluang untuk melarikan diri dengan melompat ke dalam mulutnya.

Nama dan tujuan sebenar kumpulan Gorosei

Kredit: Shueisha

Bersambung di One Piece bab 1086, Gorosei membincangkan tentang apa yang mereka perlu lakukan dengan Sabo memandangkan dia sudah tahu kebenaran tentang Imu. Sejurus itu, Imu menghubungi mereka berlima dan memberitahu bahawa sudah tiba masanya untuk menggunakan salah satu ciptaan Dr. Vegapunk – Mother Flame.

Mereka bersetuju sudah tiba masanya untuk menguji keupayaannya. Awalnya, niat mereka adalah untuk memilih kawasan hutan sebagai tempat ujian, tetapi Imu berkata bahawa dia ingin menguji senjata itu ke atas Kerajaan Lulusia kerana jaraknya yang dekat, tanpa menghiraukan tentang orang-orang yang tinggal di pulau itu.

Kredit: Shueisha

Kumpulan Gorosei mematuhi perintah Imu dan akhirnya nama dan gelaran mereka didedahkan buat kali pertama dalam One Piece:

  • Saint Jaygarcia Saturn – Godhead of Science and Defense
  • Saint Marcus Mars – Godhead of the Environment
  • Saint Topman Warcury – Godhead of Justice
  • Saint Ethanbaron V. Nusjuro – Godhead of Finance
  • Saint Shepherd Ju Peter – Godhead of Agriculture

Jadi siapakah mereka?

Kredit: Shueisha

Secara umum, kumpulan Gorosei memegang kuasa terbesar di dalam dunia setakat yang diketahui oleh orang awam kerana memiliki kawalan mutlak ke atas Cipher Pol, organisasi Marine, dan Shichibukai (sebelum dibubarkan). Hakikatnya, mereka sebenarnya berkhidmat secara rahsia kepada Imu, pemimpin sebenar kepada kerajaan dan seorang yang kejam, zalim.

Kebimbangan utama Gorosei ialah untuk melindungi dunia yang tidak stabil daripada pengaruh lanun dan merahsiakan kejadian-kejadian keji World Government. Mereka dianggap sebagai “extremist” dan sanggup mengorbankan sebilangan besar orang yang tidak bersalah demi mengekalkan kuasa dan kuasa politik World Government.

Kredit: Shueisha

Sebagai contoh, mereka mengarahkan pembunuhan seluruh pulau orang untuk menyembunyikan penemuan Void Century, dan mengabaikan rejimen Sir Crocodile dan Donquixote Doflamingo yang jahat.

Adakah mereka kuat?

Kredit: Shueisha

Buat masa ini, kami tidak tahu betapa kuat setiap seorang Gorosei. Walau bagaimanapun, masing-masing ada parut yang unik dan jelas, jadi nampaknya setiap satu mempunyai pengalaman bertarung dan sepatutnya handal berlawan. Malah, mereka terbukti boleh menahan teknik “Fire Fist” milik Sabo dengan mudah serta mempunyai kebolehan deria yang hebat, kerana dapat perasan Wapol di sebalik dinding batu.

Akhir sekali, kesemua ahli Gorosei mempunyai abiliti yang membolehkan mereka berubah menjadi makhluk haiwan atau raksasa, yang Sabo gelar “berupa syaitan”. Saya tidak pasti sama ada transformasi ini adalah kerana kuasa Devil Fruit atau teknik lain.

Kredit: Shueisha

Tetapi kita akan mendapat tahu kebenaranya tidak lama lagi. Jom kita bincangkan di ruang komen!


Baca segala berita kami tentang One Piece di SINI.

Tags: animeGoroseimangaone piece
ShareTweetSend
Previous Post

MLBB: Sejarah MPL MY dari Musim 1 hingga Musim 11 termasuk juara & MVP!

Next Post

10 Game Mobile Bertemakan Anime Yang Paling Banyak Orang Malaysia Download!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Witchspire (Early Access) – Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna
Review

Reviu Witchspire (Early Access) – Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna

Sempat Buat Gamer Garu Kepala, Cinder City Jadi Game Pertama Yang Cadang RAM 64GB
PC

Sempat Buat Gamer Garu Kepala, Cinder City Jadi Game Pertama Yang Cadang RAM 64GB

July 3, 2026
Sambut Pelancaran Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Dengan Ganjaran Cygames ID
Berita

Sambut Pelancaran Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Dengan Ganjaran Cygames ID

July 3, 2026
Next Post
10 Game Mobile Bertemakan Anime Yang Paling Banyak Orang Malaysia Download!

10 Game Mobile Bertemakan Anime Yang Paling Banyak Orang Malaysia Download!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd