Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece Odyssey: Info sistem JRPG “Memory Link Quests & Bond Arts”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 22, 2022
in Anime, Artikel, Berita, JPRG, Manga, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
One Piece Odyssey: Info sistem JRPG “Memory Link Quests & Bond Arts”
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco telah mengeluarkan trailer baru untuk JRPG akan datang “One Piece Odyssey” yang memaparkan gameplay khas di lokasi ikonik Water 7 serta penerangan tentang mekanik permainan.

Anda boleh lihat dahulu trailer di bawah untuk gambaran umum:

Dalam klip enam minit di atas, kita nampaknya akan kembali ke Water 7 di mana trailer baru memperkenalkan “Bond Arts“, skill berasaskan pasukan yang boleh kita memperoleh dengan menyelesaikan “Memory Link Quests“.

Memory Link Quests pula ialah episod sampingan yang menugaskan watak tertentu untuk membaiki “Histeria”, memori rosak dari pelbagai alam yang dicipta oleh Memoria. Seperti yang ditunjukkan, episod sampingan ini membolehkan pemain berinteraksi dengan penduduk Water 7, melalui memori mereka tentang peristiwa masa lalu. Selepas pemain menyelesaikan episod sampingan, mereka mendapat akses kepada Bond Arts.

Untuk bahagian eksplorasi, pemain boleh meneroka Water 7 memakai Yagara Bull (haiwan unik dalam dunia One Piece) yang berfungsi sebagai sampan. Kaedah penerokaan lain termasuk Luffy menggunakan Gum-Gum Rocket untuk meloncat dirinya ke kawasan yang jauh. Kedua-dua ciri ini membolehkan pemain meneroka lokasi ikonik Water 7, juga dikenali sebagai “Ibu Kota Air”.

Selain Water 7, krew Straw Hat juga akan mengunjung Kerajaan Alabasta, lokasi untuk story arc ke-11 apabila Luffy bersatu semula dengan abangnya Ace buat kali pertama selepas tiga tahun berpisah. Dengan cara ini, peminat boleh mengalami semula detik kegemaran mereka daripada One Piece!

“Semasa sedang mengembara, krew Straw Hat yang diketuai oleh Monkey D. Luffy telah ditelan oleh ribut besar di laut. Mereka akhirnya terkandas di pulau misteri yang penuh dengan alam semula jadi di tengah-tengah ribut dan terpisah antara satu sama lain.

Kini, masing-masing memulakan perjalanan sendiri yang dipenuhi dengan keajaiban alam semula jadi, musuh yang kuat dan pertemuan aneh dengan penduduk tempatan pulau.”

“Bantu Luffy dan anak kapalnya untuk berlayar sekali lagi!”

Bagi mereka yang berminat JRPG atau anime, One Piece Odyssey akan keluar pada 12 Januari 2023, untuk PS5, PS4, Xbox Series X|S dan Steam, dan kini tersedia untuk pre-order di laman web rasmi Bandai Namco.

One Piece Odyssey
Microsoft Windows, Steam
One Piece Odyssey merupakan game JRPG yang dibangunkan oleh ILCA Inc. dan Bandai Namco Entertainment.
Tags: JRPGone pieceOne Piece Odyssey
Previous Post

Yu-Gi-Oh Duel Monsters Kini Di Netflix! Jom Tonton Perlawanan Epik Yugi!

Next Post

Suzume no Tojimari, Filem Anime Terbaru Makoto Shinkai Akan Ditayangkan di Malaysia! [UPDATE]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Suzume no Tojimari, Filem Anime Terbaru Makoto Shinkai Akan Ditayangkan di Malaysia! [UPDATE]

Suzume no Tojimari, Filem Anime Terbaru Makoto Shinkai Akan Ditayangkan di Malaysia! [UPDATE]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd