Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece Live-Action Season 2 Memulakan Produksi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 2, 2024
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
One Piece Live-Action Season 2 Memulakan Produksi!
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix telah mengumumkan bahawa produksi untuk siri live-action One Piece Season 2 telah secara rasmi bermula!

Berita ini diumumkan melalui video yang menyatukan semula kru Straw Hat, iaitu Iñaki Godoy (Monkey D. Luffy), Mackenyu (Zoro), Emily Rudd (Nami), Jacob Romero (Usopp), dan Taz Skylar (Sanji) yang berjumpa semula di Cape Town, Afrika Selatan.

Beberapa hari sebelum pengumuman ini, Netflix turut mengumumkan barisan pelakon baharu yang menyertai One Piece Season 2. Ini termasuk:

  • Callum Kerr sebagai Smoker
  • Julia Rehwald sebagai Tashigi
  • Rob Colletti sebagai Wapol
  • Ty Keogh sebagai Dalton
  • David Dastmalchian sebagai Mr. 3
  • Jazzara Jaslyn sebagai Miss Valentine
  • Camrus Johnson sebagai Mr. 5
  • Daniel Lasker sebagai Mr. 9
  • Clive Russell sebagai Crocus
  • Werner Coetser sebagai Dorry
  • Brendan Murray sebagai Brogy
Kredit: Netflix
Kredit: Netflix
Kredit: Netflix

Pelakon tambahan akan diumumkan pada tarikh kemudian.

Bagi mereka yang tidak tahu, One Piece live-action dihasilkan berdasarkan manga/anime popular yang sama oleh Eiichiro Oda, dan dibuat dengan kerjasama Shueisha dan diterbitkan oleh Tomorrow Studios (rakan kongsi ITV Studios) dan Netflix.

Season 2 menambah Joe Tracz sebagai penulis, penerbit eksekutif dan pengarah bersama. Dia disertai oleh Matt Owens selaku penulis, penerbit eksekutif dan pengarah bersama. Steve Maeda, yang dahulu adalah pengarah bersama Season 1, kini berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.

Mereka akan dibantu oleh pencipta sendiri, Eiichiro Oda, yang turut bertanggungjawab sebagai penerbit eksekutif bagi Season 2. Menurut laporan, siri ini dijangka akan ditayangkan pada tahun depan.

Sinopsis

Protagonis One Piece, Monkey D. Luffy, memulakan perjalanannya sebagai lanun di East Blue. Semasa kecil, dia makan Devil Fruit (buah ajaib) bernama Gum-Gum Fruit (Gomu Gomu no Mi), yang memberikan kebolehan getah kepada badannya seperti memanjangkan atau membesarkan mana-mana bahagian badan sesuka hati. Diilhamkan oleh Red Hair Shanks, Luffy bertekad untuk menjadi “Pirate King” dan ingin mencari harta karun rahsia One Piece yang disorok oleh lanun legenda Gol D. Roger.

Walau bagaimanapun, One Piece dikatakan tersembunyi di lokasi rahsia di seberang Grand Line yang penuh dengan makhluk dan cabaran berbahaya. Luffy bermula seorang diri, tetapi lama-lama mengumpul rakan-rakan dengan impian sendiri, yang menjadi kawan seumur hidupnya selepas dia membantu mereka.

Tags: netflixone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Dragon’s Dogma 2, Resident Evil 4 & Monster Hunter Harga Murah Di Steam Summer Sale!

Next Post

Cuba Demo Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Sekarang, Kolaborasi Okami Turut Diumum

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Cuba Demo Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Sekarang, Kolaborasi Okami Turut Diumum

Cuba Demo Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Sekarang, Kolaborasi Okami Turut Diumum

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd