Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Kematian Salah Satu Gorosei Mengubah Hierarki [SPOILER]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 9, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Spoiler
0 0
0
One Piece: Kematian Salah Satu Gorosei Mengubah Hierarki [SPOILER]
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berehat selama 2 minggu, manga One Piece kembali dengan bab baharu dan tidak diduga, ia tamat dengan kematian seorang watak. Egghead arc secara rasminya tamat, dan kini semua orang tertumpu kepada akibat insiden ini dan impaknya. Salah satu ialah nasib Saint Saturn (salah satu daripada Gorosei), yang diberi hukuman mati ngeri kerana membenarkan kru Straw Hat melepaskan diri.

St. Saturn must answer for the failures on Egghead… 👀

Read One Piece, Ch. 1,125 in Shonen Jump for free! https://t.co/uFSPveCiTn pic.twitter.com/NWEQqdXPAP

— Shonen Jump (@shonenjump) September 8, 2024

Berikut Adalah Spoiler Untuk One Piece Bab 1125!!!

Kredit: Shueisha

Di atas sebuah kapal berhampiran pulau Egghead, Saint Jaygarcia Saturn dilihat sedang berbincang dengan sembilan Vice Admiral.

Mereka dapat memperoleh segala yang diinginkan di Egghead: iaitu York (salah satu daripada personaliti Dr. Vegapunk yang dijadikan robot), Punk Records (sebuah kawasan yang mengandungi otak Vegapunk) dan stesen janakuasa. Semua ini menjamin akses kepada Mother Flame yang boleh digunakan untuk menghidupkan Ancient Weapon yang tidak diketahui.

Kredit: Shueisha

Bagaimanapun, Saturn merasakan mereka telah melakukan kesilapan kritikal.

Kredit: Shueisha

Adegan berubah ke Marijoa, khususnya di bilik mensyuarat Gorosei. Semua Gorosei ada di sana kecuali Saturn, dan terkejut apabila Figarland Garling memasuki bilik dengan pakaian baharu, sama seperti mereka. Garling memberitahu dia diberi perintah baru, dan kini adalah Godhead of Science & Defense baharu. Bagaimanapun, kata-kata ini membimbangkan mereka berempat terutamanya Saint Shepherd Ju Peter, yang sedar apa berlaku.

Kredit: Shueisha

Kembali semula di kapal yang sama, Saturn tiba-tiba jatuh dalam kesakitan apabila asap-asap hitam mula mengalir keluar dari badannya. Para Vice Admiral panik dan ingin membantu, tetapi hanya mampu lihat dalam ketakutan apabila badan Saturn mula mengecut.

Kredit: Shueisha

Saturn segera sedar bahawa ini adalah hukuman oleh Imu, kerana marah dia membiarkan “Joy Boy” melarikan diri. Saturn memohon belas kasihan kepada Imu, berkata bahawa kuasa Hito Hito no Mi, Model: Nika tidak dapat diramalkan, tetapi semua itu sia-sia. Tanpa diduga, badan Saturn tiba-tiba meletup, meninggalkan hanya rangka tulang sahaja.

Kredit: Shueisha

Apa akan jadi kepada organisasi Gorosei sekarang? Adakah kehadiran Garling akan memberi impak yang besar? Kita lihat nanti dalam bab seterusnya.

Tags: one piece
ShareTweetSend
Previous Post

Bleach: Thousand-Year Blood War Part 3 Akan Debut Pada 5 Oktober!

Next Post

Previu Call of Duty: Black Ops 6 (Beta) – Aksi Meletup-Letup Sepadan Gameplay Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
Next Post
Previu Call of Duty: Black Ops 6 (Beta) – Aksi Meletup-Letup Sepadan Gameplay Baharu!

Previu Call of Duty: Black Ops 6 (Beta) - Aksi Meletup-Letup Sepadan Gameplay Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd