gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Anime

One Piece: Dua Emperor baru diumumkan, bounty Luffy kini 3 billion berry

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 20, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
One Piece: Dua Emperor baru diumumkan, bounty Luffy kini 3 billion berry

Sumber - @Dys_Keigo

Share on FacebookShare on Twitter

Kaido dan Big Mom akhirnya dikalahkan dan selepas sekian lama, semua penduduk Wano dapat hidup dengan tenang dan aman. Walaupun berita itu sudah cukup besar, nampaknya pencipta Eiichiro Oda telah membuat satu lagi kejutan besar dalam One Piece bab 1053 di mana dia mengumumkan dua Emperor aka Yonko baru dan juga mendedahkan jumlah bounty terkini milik Luffy!

Sebelum kita, izinkan saya jelaskan apa yang berlaku dalam bab sebelum.

Dalam bab 1052, Five Elders (Gorosei) memikirkan cara untuk merahsiakan berita kemenangan Luffy. Pada masa yang sama, penduduk Wano sedang sibuk meraikan kebebasan mereka dan membuat rancangan untuk menghormati mereka yang terkorban. Kid dan Law didekati oleh Apoo di mana dia memberitahu tentang jumlah bounty terkini masing-masing serta pengumuman tentang dua Emperor (Yonko) baru. Akhir sekali, seseorang Admiral nampaknya terbang menyusup ke Wano tanpa dikesan.

AMARAN! Berikut adalah spoiler untuk One Piece bab 1053 – New Emperor! Baca dengan hati-hati!

Bounty hingga 3 billion berry

Bab 1053 bermula secara huru-hara kerana foto yang tidak diluluskan telah digunakan dalam surat khabar yang mengumumkan bounty terkini untuk sejumlah watak. Salah seorang daripada Five Elders meminta supaya akhbar membuang “D” pada nama dan menggunakan gambar berbeza. Pekerja yang bertanggungjawab untuk bahagian pengedaran cuba menghubungi pencetak tetapi tidak berjaya.

Morgans (presiden World Economy Newspaper) hanya mampu ketawa selepas melihat kekacauan yang berlangsung lalu berkata “ia terpulang kepada mereka untuk menyebarkan kebenaran dan bukannya penipuan daripada kerajaan”. Berkat usaha mereka, seluruh dunia kini tahu tentang kemenangan Luffy dan rakan-rakan lain ke atas Kaido dan Big Mom serta nilai bounty mereka yang semakin meningkat.

Kini, ketiga-tiga kapten iaitu Luffy, Kid dan Law – masing-masing bernilai tiga bilion berry manakala gambar Luffy dikemas kini dengan imej mukanya dalam bentuk Gear 5.

Ancient Weapon Pluto berada di Wano

Di Wano, semua orang sedang meraikan kemenangan Luffy tetapi kita boleh melihat Robin bersendirian di bilik bawah tanah istana. Tidak lama, Tenguyama datang menyapa Robin yang kemudian bertanya identiti sebenar lelaki bertopeng itu. Tenguyama menjawab bahawa “menempa katana hanyalah satu lagi hobi baginya kerana memerintah amat memenatkan.”

Dia kemudian menanggalkan topeng dan mendedahkan dirinya sebagai Kozuki Sukiyaki, bapa kepada Kozuki Oden. Robin bertanya sama ada Momonosuke tahu dia masih hidup, tetapi Sukiyaki berkata tidak, dan dia ingin mengekalkannya keadaan seperti itu (walaupun percaya beberapa pengikut Momonosuke mungkin sudah tahu identitinya).

Dia menyembunyikan identitinya kerana serba salah selepas Orochi mengambil takhta dan mengakui bahawa dia baru sahaja dapat melarikan diri dari bilik bawah tanah selepas kematian Oden. Robin kemudian bertanya tentang Ancient Weapon: Pluton dan percaya ia kini berada di Wano. Sukiyaki mengesahkan bahawa maklumat itu betul.

Admiral Ryokugyu datang untuk bunuh Luffy

Di bekas kem penggalian Udon (tempat Luffy dan Kidd dipaksa kerja sebagai buruh), kawasan itu dipenuhi oleh tumbuh-tumbuhan aneh, di mana ramai banduan termasuk King dan Queen nampaknya tertusuk pada pokok dan kelihatan seperti disedut hidup-hidup. Kemudian, Queen ditendang oleh Admiral Ryokugyu (Aramaki), yang marah kerana tiada minuman arak yang berkualiti.

Dia mula memanggil seseorang dan memberitahu bahawa dia telah berjaya masuk ke Wano serta meminta supaya pihak Marine menghantar kapal perang. Pada masa yang sama, Ryokugyu memberitahu yang dia tidak ingin Sakazuki tahu apa yang dia sedang lakukan. Selepas menamatkan panggilan, dia melihat akhbar yang menunjukkan bounty Luffy dengan niat untuk membunuh/mengalahkannya.

Identiti Emperor baru

Kembali ke pesta di jalanan Wano, Luffy sedang berdiri di atas podium lalu didekati oleh Kid, yang bersungguh-sungguh ingin berlawan Luffy. Dalam keadaan bergurau, Luffy melilitkan tangannya pada Kid sebelum ramai-ramai melihat bunga api menerangi langit malam. Kid menepis tangan Luffy, dan kata dia tidak mahu mengambil bahagian dalam perayaan. Dia hanya mahu melawan Luffy dan menunjukkan akhbar.

Dalam akhbar itu, dua Emperor baru telah diumumkan dan kini terdiri daripada “Red-Haired” Shanks, Marshall D “Blackbeard” Teech, Buggy the Genius Jester dan Monkey D “Straw Hat” Luffy!


Dengan itu, manga One Piece akan berehat selama sebulan bermula sekarang. Bab seterusnya akan diterbitkan pada hari Ahad, 24 Julai. Agak lama sebelum kita dapat melihat pengembaraan terbaru Luffy, jadi apa pendapat korang selepas melihat dia menjadi Emperor terbaru? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!

Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Sumber – Shueisha Manga+

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: emperorluffymangaone piece
Previous Post

Record of Ragnarok musim 2 akan tayang pada 2023 di Netflix, Visual baru telah didedahkan!

Next Post

RSG PH muncul juara dalam kejohanan MSC 2022 di Kuala Lumpur!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]
Berita

One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]

June 27, 2022
[Review] Sony WH-1000XM5 – Headphone mantap untuk benamkan diri ke dunia muzik!
Review Produk

[Review] Sony WH-1000XM5 – Headphone mantap untuk benamkan diri ke dunia muzik!

June 27, 2022
Keyboard gaming Razer Ornata V3 boleh didapati di Malaysia pada harga RM329
Teknologi

Keyboard gaming Razer Ornata V3 boleh didapati di Malaysia pada harga RM329

June 27, 2022
Next Post
RSG PH muncul juara dalam kejohanan MSC 2022 di Kuala Lumpur!

RSG PH muncul juara dalam kejohanan MSC 2022 di Kuala Lumpur!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]

One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]

by safwan
June 27, 2022
0

One-Punch Man merupakan siri yang memperkenalkan lelaki botak bernama Saitama sebagai watak utama. Memandangkan dia selalu bertarung dengan santai selama...

Anime baru Kaguya-sama: Love is War telah diumumkan, manga menghampiri penamat!

Anime baru Kaguya-sama: Love is War telah diumumkan, manga menghampiri penamat!

by Maira
June 27, 2022
0

Kaguya-sama Love is War musim ke-3 baru sahaja tamat dengan episod terakhirnya yang ditayangkan selama sejam. Rata-rata semua peminat teruja...

Anime SPY x FAMILY akan kembali dengan Part 2 pada Oktober ini, Trailer juga didedahkan!

Anime SPY x FAMILY akan kembali dengan Part 2 pada Oktober ini, Trailer juga didedahkan!

by Maira
June 27, 2022
0

Episod ke-12 anime Spy x Family baru sahaja ditayangkan pada hujung minggu lepas, dan peminat nampaknya kena menunggu 3 bulan...

Acara ACG Cos-Mic dibatalkan pada hari kedua, mengundang kemarahan peminat kerana “pengurusan teruk”

Acara ACG Cos-Mic dibatalkan pada hari kedua, mengundang kemarahan peminat kerana “pengurusan teruk”

by Razin Syafiq
June 26, 2022
0

Sepatutnya berlangsung pada 25 dan 26 Jun, acara anime Cos-Mic di Sunway Clio Exhibition Centre, Kuala Lumpur telah dibatalkan pada...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In