Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo Switch tambah bundle ‘Mario Kart 8 Deluxe’ & ‘Animal Crossing: New Horizons’ – akan keluar Oktober 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 6, 2023
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Produk
0 0
0
Nintendo Switch tambah bundle ‘Mario Kart 8 Deluxe’ & ‘Animal Crossing: New Horizons’ – akan keluar Oktober 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk menyiapkan diri bagi musim cuti pada hujung tahun ini, Nintendo telah mengumumkan bundle Nintendo Switch baharu yang pasti menarik hati ramai orang! Khususnya, Nintendo Switch telah menambah bundle Mario Kart 8 Deluxe dan bundle Animal Crossing: New Horizons yang termasuk reka bentuk istimewa dan pakej game penuh.

Kedua-dua bundle akan dilancarkan pada Oktober 2023, jadi berikut adalah info penuh:

Nintendo Switch – Mario Kart 8 Deluxe Bundle (akan dilancarkan pada 6 Oktober)

Kredit: Nintendo

Masuk ke dunia Mario dan rakan-rakan dengan Nintendo Switch – Mario Kart 8 Deluxe Bundle, yang menampilkan konsol Nintendo Switch dengan controller Joy-Con Neon Red dan Neon Blue, kod muat turun untuk Mario Kart 8 Deluxe versi digital (bernilai RM239.00) dan langgan individu selama tiga bulan untuk Nintendo Switch Online, servis yang membolehkan rakan dan keluarga bermain game yang serasi bersama-sama secara online.

Nintendo Switch Lite – Animal Crossing: New Horizons Bundle (akan dilancarkan pada 6 Oktober)

Mereka yang ingin melarikan diri ke percutian peribadi boleh mendapatkan salah satu bundle Nintendo Switch Lite – Animal Crossing: New Horizons. Bundle ini dibahagikan kepada dua jenis dan masing-masing menampilkan reka bentuk menarik yang diilhamkan oleh penduduk yang membantu dengan kehidupan pulau. Setiap bundle mempunyai game Animal Crossing: New Horizons versi digital (bernilai RM239.00).

  • Nintendo Switch Lite Isabelle’s Aloha Edition – Animal Crossing: New Horizons Bundle: Bundle ekskslusif ini menampilkan reka bentuk comel berwarna-warni yang dihiasi dengan dengan motif daun di hadapan dan motif daun putih di belakang.
Kredit: Nintendo
  • Nintendo Switch Lite Timmy & Tommy’s Aloha Edition – Animal Crossing: New Horizons Bundle: Bundle eksklusif ini menampilkan reka bentuk berwarna turquoise yang dihiasi dengan motif daun di hadapan dan motif daun putih di belakang.
Kredit: Nintendo

Untuk baca segala liputan kami tentang konsol Nintendo Switch, sila tekan pautan ini.

Tags: Animal Crossing: New HorizonsMario Kart 8 Deluxenintendo switch
ShareTweetSend
Previous Post

Netflix Dedahkan Trailer Rasmi Chicken Run: Dawn of the Nugget! Bakal Tersedia pada 15 Disember!

Next Post

Kes rasuah dalam industri e-sukan Malaysia semakin membimbangkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Kes rasuah dalam industri e-sukan Malaysia semakin membimbangkan!

Kes rasuah dalam industri e-sukan Malaysia semakin membimbangkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd