Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo Awalkan Tarikh Tayangan ‘Super Mario Galaxy Movie’ ke 1 April, Dedah Yoshi Buat Pertama Kali

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 26, 2026
in Animasi, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Nintendo Awalkan Tarikh Tayangan ‘Super Mario Galaxy Movie’ ke 1 April, Dedah Yoshi Buat Pertama Kali
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo dan Illumination membuat kejutan dengan mengawalkan tayangan perdana The Super Mario Galaxy Movie. Asalnya dijadualkan pada 3 April, sekuel yang dinanti-nantikan ini kini akan mula ditayangkan di Malaysia pada 1 April.

Bersama dengan tarikh baharu tersebut, studio berkenaan turut mengeluarkan trailer baharu, memperkenalkan Yoshi secara rasmi kepada umum.

Dinosaur hijau ini pernah diacah dalam babak post-credit dalam filem pertama, membuatkan kita berteka-teki selama bertahun-tahun tentang bagaimana dia akan menyesuaikan diri dalam alam animasi ini. Berdasarkan trailer yang dikeluarkan hari ini, penantian kami ternyata berbaloi.

Pendek kata; Yoshi memang serasi sangat dengan gaya seni filem yang bertenaga itu.

Trailer baharu juga menunjukkan bahawa sekuel ini akan menyelami sejarah dunia Mario dengan lebih mendalam. Kita dapat melihat Mario dan Luigi menggunakan kuasa Fire Flower, dengan pakaian klasik putih dan merah mereka. Mungkin lebih mengujakan bagi peminat tegar Nintendo adalah kemunculan Birdo dan Mouser.

Mouser (ialah seorang penjahat yang memakai cermin mata hitam dan membaling bom) adalah watak lama daripada Super Mario Bros. 2, jadi nampaknya filem ini akan mengambil inspirasi daripada sejarah francais yang luas dan lebih lama.

Satu babak juga menjadi tumpuan bagi peminat Luigi. Toad dilihat ditelan bulat-bulat oleh ikan Cheep Cheep gergasi. Dia diselamatkan pada saat akhir oleh Luigi, yang memakai Frog Suit dari Super Mario Bros. 3—iaitu sejenis power-up yang memberikan abiliti berenang.

Barisan pelakon suara yang kembali termasuk Chris Pratt (Mario), Anya Taylor-Joy (Peach), Charlie Day (Luigi), Jack Black (Bowser), Keegan-Michael Key (Toad), dan Kevin Michael Richardson (Kamek).

Kali ini, mereka disertai oleh pendatang baharu iaitu Brie Larson, yang memegang watak Princess Rosalina, dan Benny Safdie, yang menyuarakan watak Bowser Jr..

Tags: Super Mario Galaxy Movie
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Kingston SPSD USB 3.2 Gen 2 Dual Portable SSD – Satu SSD Untuk Semua Peranti?

Next Post

Dragon Ball: Sparking ZERO Umum DLC Besar Untuk 2026; Mod “Mission 100” Dilancarkan Hari Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Dragon Ball: Sparking ZERO Umum DLC Besar Untuk 2026; Mod “Mission 100” Dilancarkan Hari Ini!

Dragon Ball: Sparking ZERO Umum DLC Besar Untuk 2026; Mod “Mission 100” Dilancarkan Hari Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd