Pemain game Among Us membuat lobi sebagai medium untuk mencari teman pasangan hidup. Ini bukan idea asal developer tetapi kerana netizen terlalu kreatif membuatkan game ini menjadi ala-ala dating app.
Seperti yang dipost oleh pengguna reddit substance18, ada pemain yang tidak lepaskan peluang untuk bertanya soalan peribadi. Ini meningkatkan rasa risau terhadap kanak-kanak kerana mereka mungkin boleh menjadi mangsa kepada pedophile.
Untuk yang sudah dewasa mungkin tiada masalah tapi risiko tetap ada. Sampai tahap berkongsi sosial media kepada orang yang tidak kenal. Ini mungkin diorang yang betul-betul sunyi mahukan peneman hidup.

Bukannya tidak boleh tapi ini melibatkan isu keselamatan, risiko untuk menjadi kes jenayah akan ada tak kira budak ataupun orang dewasa.
Baru-baru ini terdapat beberapa laporan baru menunjukkan bahawa pemain game indie yang meletup ini telah menyalahgunakan sistem lobi untuk menghantar mesej explicit.
Korang tak perlu bersusah payah untuk cari lobi ini di server North America dengan nama seperti “hornifemRP” dan “iSendDpics” kerana orang-orang di dalam lobi itu jarang bermain tetapi lebih kepada chat dengan para pemain.

Atas sebab game ini senang untuk diakses, kerisauan mula melanda ke atas kanak-kanak kerana risau akan diambil kesempatan untuk potensi gangguan seksual dan child grooming.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan setiap orang di dalam lobi tersebut mempunyai sebab yang sama dan dalam 20 orang hanya seorang sahaja yang mengaku berumur 18 tahun ke atas.

Sebagai contoh di Amerika, pengarah komuniti Innersloth, Victoria Tran telah keluarkan beberapa feature baru khas untuk kanak-kanak supaya game ini selamat untuk mereka iaitu custom Child Account dan juga Quick Chat. Ia juga mempunyai sistem report dan word sensor moderation yang kerap dikemas kini.
“Salah satu ciri yang kami lancarkan awal tahun lepas ialah pelaksanaan Child Account dan Quick Chat. Kami telah bekerjasama dengan SuperAwesome, sebuah syarikat yang pakar dalam perkhidmatan digital. Melalui ini, kami telah melakukan banyak kerja untuk memastikan kami mematuhi COPPA (Children’s Online Privacy Protection Act of 1998) dan GDPR (EU General Data Protection Regulation).”
Konklusinya bukan tak boleh nak berkenalan dengan orang dalam game tapi kita kena berhati-hati dan tahu had sebelum membuat sesuatu. Apa pendapat korang? Boleh komen dekat bawah.
Kalau mahukan banyak lagi cerita tentang Among Us, boleh tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post