Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix umumkan Stranger Things VR, bakal dilancarkan pada hujung tahun 2023!

safwan by safwan
November 7, 2022
in Action, Artikel, Berita, Game Baru, Movie/siri, Netflix, Seram, VR
0 0
0
Netflix umumkan Stranger Things VR, bakal dilancarkan pada hujung tahun 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan Stranger Things Day pada hari ini, Netflix telah mengumumkan Stranger Things VR. Dibangunkan oleh Tender Claws, ia adalah sebuah game psychological horror dan action yang bakal dilancarkan pada hujung tahun 2023 di platform Virtual Reality (VR) utama.

ever want to spend a day AS vecna? now you can with Stranger Things VR coming winter 2023 to a VR headset near you! pic.twitter.com/X9gLze9ord

— Stranger Things (@Stranger_Things) November 6, 2022

Dalam game ini, anda akan bermain sebagai Vecna dan mengembara dunia Upside Down. Berikut adalah sinopsis yang telah diberikan.

Bermain sebagai Vecna. Menjadi peneroka realiti yang tidak diketahui semasa anda membentuk Hive Mind dan menjinakkan Void. Serbu minda dan bayangkan mimpi ngeri dalam usaha anda untuk membalas dendam terhadap Eleven dan Hawkins.

whether it’s battling a demo or solving a mystery, get ready for adventures through Hawkins with the gang in Stranger Things: Puzzle Tales!!

Play on your mobile devices. Available exclusively on Netflix: https://t.co/eL9NjGrnjU pic.twitter.com/SuirCJueX0

— Stranger Things (@Stranger_Things) November 6, 2022

Buat masa sekarang, tidak banyak maklumat yang telah didedahkan tentang game Stranger Things VR ini. Tetapi Netflix telah melancarkan sebuah game mobile yang agak santai untuk dimainkan iaitu Stranger Things: Puzzle Tales. Berikut adalah serba sedikit tentang Stranger Things: Puzzle Tales:

Lawan Demogorgon, mulakan pencarian misteri, kumpulkan watak dan temui jalan cerita baharu dalam game adventure yang diilhamkan Hawkins ini.

Sertai Eleven dan geng dalam pengembaraan RPG puzzle perlawanan ini.

Memandangkan game ini adalah eksklusif untuk para pelanggan Netflix, anda yang ingin mencuba game ini perlu melanggan Netflix terlebih dahulu. Game ini menampilkan grafik kartun yang cukup cantik dan menarik. Melalui trailer yang diberikan, Netflix mengatakan yang anda tidak perlu membayar sebarang kos tambahan untuk bermain, tiada pembelian in-app dan paling syok adalah tiada iklan.

season 5. chapter one. the crawl. happy stranger things day pic.twitter.com/xCdNLjD7Yt

— Stranger Things (@Stranger_Things) November 7, 2022

Selain daripada mengumumkan dan melancarkan game, ramai peminat yang menunggu ketibaan atau trailer bagi season 5 Stranger Things. Berikutan dengan perkara tersebut, Netflix telah mengumumkan tajuk bagi episod pertama dalam Season 5 iaitu “Chapter One: The Crawl”. Buat masa sekarang, mereka tidak mendedahkan apa-apa lagi tentang Season 5 tetapi ramai peminat telah mula membuat spekulasi.

Kembali kepada topik asal, Stranger Things VR bakal dilancarkan pada hujung tahun 2023 di seluruh platform VR utama. Sebagai seorang peminat Stranger Things, adakah anda berminat untuk mendapatkan game VR yang dilancarkan oleh Netflix nanti? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak pautan menarik berkenaan siri, filem, anime dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Stranger ThingsStranger THings VRStranger Things: Puzzle Tales
Previous Post

Overwatch 2 memperkenalkan Ramattra, sesi Q&A tentang hero Tank baru! [Interview]

Next Post

Sword Art Online: Last Recollection Akan Lancar Pada 2023 di PlayStation, Xbox dan Steam!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Sword Art Online: Last Recollection Akan Lancar Pada 2023 di PlayStation, Xbox dan Steam!

Sword Art Online: Last Recollection Akan Lancar Pada 2023 di PlayStation, Xbox dan Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd