Hari ini, Netflix telah mengeluarkan video baru yang menerangkan tentang dunia One Piece live-action! Berdurasi hampir 4 minit, macam-macam hal kita belajar termasuk proses pembikinan Going Merry, yang merupakan kapal pertama untuk krew Straw Hat. Apa yang lebih mengagumkan lagi adalah kapal ini bukan 3D CGI, sebaliknya ia dibina sepenuhnya memakai bahan sebenar daripada awal hingga habis!
Jom kita belajar serba sedikit:
Richard Bridgland selaku Production Designer cuba berpegang teguh kepada keseluruhan fantasi siri di seluruh set, dan memberi penghormatan kepada reka bentuk kapal dan lokasi tertentu yang dilukis oleh pencipta Eiichiro Oda, sambil mengadaptasikannya setulen mungkin ke versi aksi langsung.
“Ia penting bahawa setiap kapal dan set mempunyai latar belakang dan sejarah sendiri. Walaupun penonton tidak belajar tentang latar belakangnya, ia penting bagi saya bahawa ia tetap wujud supaya ada rasa kekitaan untuk semua tempat berbeza ini dan perkara yang anda lihat. Ia penting untuk mempunyai sejarah bagi menyatukan semuanya.”
Untuk memudahkan kerja, Bridgland dan pasukannya dapat membina kapal besar dalam siri One Piece dengan menggunakan semula kapal yang asalnya dibina untuk produksi Black Sails (sebuah lagi siri TV). Bukan itu sahaja, kebanyakan krew produksi yang bekerja di siri Black Sails juga terlibat dalam menghasilkan One Piece.
Semua bahagian dalaman kapal telah dirakam pada “sound stage” kecuali Miss Love Duck (kapal Kapten Alvida), yang merupakan salah satu daripada kapal (direka semula) terbesar dari Black Sails. Krew dapat merakam beberapa adegan di dalam kapal sebenar yang dicat sepenuhnya dengan warna merah jambu.
Namun, dua kapal dibina sepenuhnya dari awal:
Yang pertama ialah kapal ikonik Straw Hat iaitu Going Merry.
“Setiap kapal mempunyai personaliti sendiri dan Going Merry harus menyerlahkan jiwa krew Straw Hat – ia mesti mempunyai rasa seronok. Ia juga harus membangkitkan rasa “keselesaan rumah”. Jadi galley sengaja direka untuk kelihatan seperti dapur besar yang kita semua kenali.”
Kedua ialah Baratie, yang reka bentuknya berdasarkan kapal galleon Sepanyol. Aspek untuk tentang kapal itu, seperti kepala ikan di bahagian depan, telah diambil terus daripada manga, manakala butiran lain, yang sebahagian tidak dapat dilihat pada kamera, ditambah untuk memberikan rupa yang lebih autentik pada set.
Item menu, sebagai contoh, adalah semua hidangan yang dilihat dalam manga. Lukisan di dalam ruang makan utama juga menggambarkan lokasi yang dilihat di seluruh dunia One Piece – tempat yang Zeff (ketua chef) berkunjung dalam pelayarannya.
Untuk produksi keseluruhan, Bridgland menggunakan ‘Rurubu One Piece’, buku yang berfungsi sebagai panduan ke dunia ONE PIECE. Sebenarnya, kebanyakan lokasi yang Oda cipta untuk One Piece diilhamkan terus dari dunia sebenar seperti bangunan pagoda daripada Bali; kedai-kedai di Florence, Itali; Belton House di UK, dan banyak lagi.
Baca segala liputan kami tentang One Piece live-action di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post