Semasa State of Play beberapa hari yang lalu, kita telah didedahkan dengan DLC terbaharu Resident Evil 4 Remake iaitu “Separate Ways”. Untuk pengetahuan anda, Separate Ways sebenarnya side campaign dalam game RE4 yang original dan kini ia kembali sebagai DLC. Kami berpeluang untuk melihat preview awal untuk DLC ini, jadi tanpa membuang masa, berikut adalah preview pertama kami untuk Resident Evil 4 Separate Ways.
Tentang Separate Ways
Dalam Separate Ways, anda akan bermain RE 4 daripada perspektif Ada Wong, yang kini dalam misi mendapatkan sampel Las Plagas untuk majikannya. Sama seperti versi original, pemain akan mula mendapatkan beberapa konteks tambahan kepada naratif game. Mula sahaja preview ini, kita terus melihat Hookshot ikonik Ada Wong yang membolehkannya untuk ke tempat yang tinggi.
Dengan hanya menekan butang selepas prompt muncul sambil melihat ke atas, Ada boleh menembak Hookshotnya dan bergerak ke tempat yang diingininya. Pemain akan melawat ke tempat dalam game utama seperti Salazar Castle, dan Ada akan mula mengumpulkan maklumat daripada tempat tinggi serta mendapatkan pandangan jelas tentang bahaya yang menantinya.

Seperti game remake Resident Evil yang lain, Capcom mampu membawa semula rasa “familiar” tetapi malah membawa pengalaman yang berbeza pada susunan sequence berbanding versi original. Dalam remake ini, Ada dapat menunjukkan sisi pengintipnya dengan kembalinya sistem stealth yang simple tetapi berkesan di mana dia boleh menyelinap di belakang musuh untuk menikam mereka.
Yang menariknya, itu bukanlah satu-satunya kegunaan Hookshot. Kami akan jelaskannya dengan lebih panjang di topik seterusnya.

Hookshot & Kebolehan Akrobatik
Apabila alarm mula berbunyi dan semua musuh mula memerangkap Ada, demo mempamerkan combat yang telah kita kenali daripada game utama termasuklah kebolehan untuk menangkis serangan dengan pisaunya, ciri penting dalam Resident Evil 4 Remake.
Setelah berjaya stun musuh dengan menembak kepala, kaki atau tangan mereka, Ada boleh melakukan beberapa serangan melee seperti somersault, kick dan Fan Kick, serangan yang wujud dalam game original.
Seperti yang diperkenalkan, Hookshot membuatkan Ada berlainan daripada Leon daripada segi gameplay. Dalam game original, Hookshot hanya terhad kepada eksplorasi sahaja tetapi kini dalam remake, ia boleh digunakan untuk combat. Walaupun berada jauh daripada musuh yang stun, Ada boleh menembak hook dan zip mereka ke arahnya, lalu memberikan sepakan yang berkuasa. Ini juga boleh dilakukan di hadapan atau belakang target.

Sudah tentu, ini juga memberi laluan untuk Ada meneroka level yang berbeza dan berlawan dengan musuh-musuh yang tersembunyi di tempat tinggi seperti mereka yang menggunakan catapult semasa Castle Gate. Ia juga memberikan cabaran yang hebat dalam game utama kerana Leon terpaksa memastikan Ashley selamat semasa berhadapan dengan letupan menghujani mereka serta musuh yang berkerumun.
Sebaliknya, Ada mempunyai pilihan untuk melintasi tempat tinggi dan menghadapi musuh dalam jarak dekat tanpa perlu bergantung pada sasaran tepat dengan senapang penembak pada jarak yang jauh. Semasa melintasi tebing tinggi, Ada juga boleh melakukan sepakan susulan kepada mana-mana musuh yang berdiri di tepi, dengan cepat menumbangkan mereka supaya dia boleh mendarat dengan selamat.

Preview ini ditamatkan dengan boss battle, El Gigante, di mana lebih banyak gameplay Hookshot ditunjukkan. Melihat betapa luasnya mekanik Hookshot kini, sudah tentu lebih banyak taktik yang boleh digunakan untuk melawannya. Biasanya dalam game utama, Leon tersangkut di atas tanah dalam arena kecil dan terpaksa bergantung pada sasaran yang tepat untuk stun raksasa itu melalui pukulan berulang pada kepalanya sebelum titik kelemahannya iaitu parasit muncul dari belakangnya.
Apabila menggunakan Ada, pemain boleh menggunakan Hookshot untuk pergi dengan pantas ke bumbung kabin untuk mendapatkan sudut sasaran yang lebih baik terhadap El Gigante. Ini mengubah cara mereka untuk menamatkan pertarungan itu, lebih-lebih lagi dengan ruang tambahan yang ada. Memandangkan Hookshot Ada pantas, dia juga boleh mengelak daripada serangan masuk dengan melakukan zip ke lokasi yang berbeza, manakala Leon hanya boleh berlari untuk mengelak beberapa serangan maut El Gigante.

Demo tamat dengan Ada mempamerkan kemahiran akrobatiknya terhadap El Gigante, berhayun menggunakan Hookshot-nya dan memotong parasit dibelakang raksasa tersebut dalam sequence sinematik. Ia sangat berbeza dengan cara Leon selesaikan pertarungan raksasa ini dalam game utama.
Senjata lain Ada
Preview ini banyak menunjukkan bahagian combat game, tetapi terdapat banyak perincian yang kami perasan. Semasa Ada melalui tempat maut yang dikawal oleh kumpulan Los Illumindos untuk mendapatkan sampel “Amber” untuk majikannya, dia mesti menggunakan pelbagai senjata yang ada padanya untuk bertahan dari serangan itu.
Walaupun banyak senjata yang dilihat sepanjang game adalah senjata sama yang digunakan Leon seperti senapang sniper SR MR1903 dan Tactical Machine Pistol (TMP), Ada mempunyai senjata uniknya tersendiri seperti crossbow yang menembak keluar bolt letupan atau shotgun khas daripada game original.
Ciri-ciri daripada game utama turut tersedia dalam DLC ini, seperti Merchant Request yang memberi Ada pelbagai pilihan objektif. Sebagai contoh memburu pingat biru untuk dapatkan lebih banyak ganjaran. Bercerita tentang Merchant, kita tidak lihat Ada berinteraksi dengannya, Ada juga mengumpul mata wang Pesetas, wang yang sama digunakan untuk membeli daripada Merchant

Kesimpulan
Dengan pelbagai reaksi positif terhadap perubahan yang dibuat pada Resident Evil 4 Remake, pastinya terdapat harapan yang tinggi diberikan terhadap Separate Ways. Walaupun preview yang ditunjukkan pendek, Capcom nampaknya menggambarkan Ada dengan lebih mendalam, mengembangkan wataknya dan menambah lebih banyak dialog untuknya menambah konteks kepada dunia di sekelilingnya.
Daripada tangkisan pisau Leon, kebolehan istimewa Rosemary Winter dalam Shadows of Rose DLC untuk Resident Evil Village kepada Hookshot Ada, Capcom nampaknya menekankan mekanik tertentu untuk memberikan watak-watak tertentu dan menjadikan mereka menonjol antara satu sama lain. Daripada apa yang telah kami lihat, Capcom telah berjaya memberikan spotlight kepada Ada dan menjadikannya berbeza daripada Leon dan juga watak-watak lain yang boleh dimainkan dalam Mercenaries, menambah keseronokan pada gameplaynya dan mempamerkan ketangkasannya sebagai pengintip terselindung.

Bunyi seronok betuk tidak? Nasib baik tarikh pelancaran DLC Resident Evil 4 Remake Separate Ways ini tidak lama kerana ia akan tersedia pada 21 September 2023 bersama-sama kemas kini percuma untuk mode Mercenaries yang menambah Ada Wong dan Albert Wesker sebagai watak yang boleh dimainkan.
@gamersantaimy
Discussion about this post