Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

NetEase Buka Pra-Pendaftaran untuk “Racing Master,” Game Lumba Paling Realistik di Mobile!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 27, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Sukan/lumba
0 0
0
NetEase Buka Pra-Pendaftaran untuk “Racing Master,” Game Lumba Paling Realistik di Mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

NetEase Games kini membuka pra-pendaftaran untuk Racing Master, sebuah mobile racing ultra-realistik yang dibangunkan bersama Codemasters, studio di sebalik siri F1 di bawah Electronic Arts.

Bermula hari ini, pemain di Malaysia boleh mendaftar awal melalui App Store dan Google Play untuk mendapatkan ganjaran eksklusif semasa pelancaran.

Kredit: NetEase

Racing Master menawarkan lebih daripada 120 kenderaan berlesen rasmi dari 30+ jenama mewah, dengan setiap butiran direka menggunakan teknologi pencahayaan masa nyata yang canggih—daripada reka bentuk pintu hingga sistem audio.

Enjin fizikal game ini pula memastikan simulasi prestasi pecutan 0-100 yang realistik untuk kenderaan pacuan depan dan belakang.

Kredit: NetEase

Pemain boleh menyesuaikan kereta mereka dengan pelbagai pilihan, termasuk warna, pelekat, livery, tayar, rim, suspension, brek, dan alat ganti berprestasi tinggi yang autentik.

Selain itu, Racing Master menampilkan litar dunia nyata yang diimbas secara terperinci, membolehkan pemain berlumba di lokasi ikonik seperti Chicago, San Francisco, Barcelona, Sicily, Amsterdam, dan Alps, setiap satu dengan cabaran pemanduan yang tersendiri.

Kredit: NetEase

Setiap bunyi enjin, ekzos, transmisi, dan aerodinamik dalam Racing Master direkod terus dari kereta sebenar untuk mencipta pengalaman perlumbaan yang tulen. Disokong oleh Dolby Atmos dan maklum balas haptik, audio permainan ini memberikan pengalaman premium sama ada melalui pembesar suara atau headphone.

Pemain juga boleh bersaing dalam perlumbaan PvP, GvG (Guild vs. Guild), serta kejuaraan berintensiti tinggi, menguji kemahiran mereka menentang pelumba lain dari seluruh dunia.

Kredit: NetEase

Daftar awal untuk membuka ganjaran istimewa semasa pelancaran:

  • 200,000 pendaftaran: 100 Diamond
  • 500,000 pendaftaran: 2 Ruby Key
  • 800,000 pendaftaran: 3 Ruby Key
  • 1,000,000 pendaftaran: 5 Ruby Key

Jangan lepaskan peluang—pra-daftar sekarang dan dapatkan ganjaran eksklusif melalui laman web rasmi.

Tags: Racing Master
ShareTweetSend
Previous Post

Trunks Sebenarnya Tidak Dirancang Sebagai Anak Vegeta & Bulma!

Next Post

Pokémon Legends: Z-A Akan Datang Hujung 2025 – Gameplay Pertama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Pokémon Legends: Z-A Akan Datang Hujung 2025 – Gameplay Pertama!

Pokémon Legends: Z-A Akan Datang Hujung 2025 – Gameplay Pertama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd