Berdasarkan satu analisa daripada seorang YouTuber Battle(non)sense, game Apex Legends memiliki netcode yang ketinggalan jika dibandingkan dengan game terkenal battle royale lain.
Seperti yang kita sedia maklum, game battle royale bermasalah daripada saat ia dilancarkan daripada segi network. Masalah berkenaan network ini lazimnya masalah yang sangat ketara. Ini telah memberikan dorongan kepada penganalisa tersebut untuk membuat perbandingan netcode Apex Legends dan membuat perbandingan dengan Fortnite, Call of Duty, PUBG dan beberapa game lain.
Seperti yang dijangkakan, game terkini battle royale ini menunjukkan beberapa kekurangan dalam perbandingan tersebut.
Sumber daripada YouTube Battle(non)sense
Berdasarkan carta ini, kita boleh lihat dari segi prestasi network, Apex Legends masih jauh dibelakang berbanding game battle royale lain. Tetapi sekiranya Apex Legends masih seronok dimainkan, pastinya ramai pemain tidak berapa kisah tentang isu ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post