Pihak Respawn Entertainment telah mengesahkan bahawa satu sistem report bakal ditambahkan dalam Apex Legends, memudahkan pemain untuk membuat laporan berkenaan cheaters dalam permainan itu sendiri.
Pengurus Produk Apex Legends, Lee Horn mengesahkan pihaknya telah menerima aduan tentang pemain yang menipu dalam permainan itu; terutama sekali pada platform PC dan ini adalah usaha mereka untuk memudahkan pemain melaporkan pemain tidak bertanggungjawab.
'Apex Legends' Adding A Report System Soon:https://t.co/20yYNU2Z6L pic.twitter.com/v8IaltS62E
— ComicBook NOW! (@ComicBookNOW) March 7, 2019
Maklumat lanjut bakal di berikan oleh Pengurus Komuniti mereka.
Cheater dalam Apex Legends bukannya satu masalah besar tetapi tidak susah juga untuk berjumpa dengan akaun yang menggunakan cheat. Dalam masa 2 minggu pertama, pihak Respawn Entertainment telah menendang 16,000 pemain cheat; dan ini berdasarkan sistem report yang tidak efektif.
Nombor ini dijangkakan akan meningkat di masa depan kerana untuk melaporkan akaun yang menipu akan dijadikan lebih mudah, seiring dengan perkembangan Apex Legends.
Respawn's Adding A Reporting System To Apex Legends WGTC: To help combat cheaters, Respawn's announced they'll be adding a report system to Apex Legends in the near future, which should certainly please fans. https://t.co/YS2gbTHMYn pic.twitter.com/q7qhRhnKxW
— N4G (@N4G) March 8, 2019
Pada masa ini, tidak diketahui bila sistem ini akan sedia untuk digunakan. Buat masa ini, laporan hanya boleh dibuat dengan mengisi borang laporan di laman web EA.
Apex Legends kini telah berada pada platform PC, PS4 dan Xbox One.
@gamersantaimy
Discussion about this post