Pencipta dan pengarah Dark Souls dan Bloodborne, Hidetaka Miyazaki telah menyatakan minatnya untuk membikin satu game battle royale dan live service.
Beliau berkata demikian melalui temuramah The Telegraph. Beliau mengatakan menerusi studionya iaitu FromSoftware mungkin bakal menerbitkan sebuah battle royale atau game-as-a-service yang kini semakin mendominasi pasaran.
Dark Souls devs at From Software want to make live service games, keen on putting unique spin on battle royale https://t.co/0bqAIJNMh5 pic.twitter.com/XEHJa8yFmx
— TweakTown (@TweakTown) March 8, 2019
Miyazaki memberitahu ianya adalah satu kemungkinan untuk FromSoftware mengeluarkan game yang memiliki konsep yang sama. Dia mengakui game dalam acuan sebegini sememangnya menyeronokkan dan hala tujunya buat masa ini perlu diberi perhatian. Namun jika mereka membikinnya, ia tentu akan menampilkan satu kelainan.
Beliau juga mengatakan bahawa games single-player, iaitu jenis game yang dibangunkan oleh studionya selama ini, adalah satu komponen yang penting dalam industri dan juga penting untuk memastikan pasaran game di tahap yang optimum, seperti games pada tahun 2018 iaitu Spider-Man dan God of War yang masing-masing terjual sebanyak 9 juta salinan.
Let me fix this.
"Dark Souls Director Hidetaka Miyazaki Is Interested In Making A Lot of Money"
— Conner (@crumbubulus) March 7, 2019
Kepelbagaian dalam industri ini sangat penting. Game battle royale dan live services dan game single-player saling lengkap melengkapi dimana ianya akan membuatkan keseluruhan komuniti gamers terus berjalan.
Walaupun satu hari nanti FromSoftware mungkin akan melangkah ke arah battle royale atau live service atau yang sewaktu dengannya; apa yang kita tahu denyut nadinya adalah sentiasa game single-player.
@gamersantaimy
Discussion about this post