Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘NARUTO TV Animation 20th Anniversary Exhibition’ akan diadakan di Kuala Lumpur bermula 7 Oktober!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 12, 2023
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
‘NARUTO TV Animation 20th Anniversary Exhibition’ akan diadakan di Kuala Lumpur bermula 7 Oktober!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Naruto di Malaysia pasti akan teruja mendengar berita ini kerana acara “NARUTO TV Animation 20th Anniversary Exhibition” rasmi akan berlangsung di negara kita bermula 1 Oktober hingga akhir Disember 2023 di Pavilion Bukit Jalil!

Kredit: AFA

Untuk meraikan ulang tahun ke-20 francais anime yang sangat popular itu, pameran ini berjanji untuk membawa pengunjung ke dunia Naruto yang menakjubkan, dan turut menawarkan peluang unik kepada peminat untuk mengalami semula adegan ikonik daripada siri, berubah menjadi Shinobi atau Kunoichi tulen; dan membeli-belah barangan eksklusif di kedai pop up.

Apa yang ditawarkan?

Kredit: AFA

Alami kisah epik Naruto di kawasan pameran seluas 10,000 kaki persegi dengan 21 zon bertema dan arca FRP. Pameran menawarkan peluang kepada peminat daripada semua peringkat umur untuk menjadi sebahagian daripada pengembaraan yang mengasyikkan selama 45 minit. Antara aktiviti yang anda boleh mengambil bahagian termasuk;

  • Lihat semula perjalanan hidup Naruto daripada awal hingga sekarang melalui 21 zon yang mempamerkan adegan-adegan ikonik daripada francais
  • Peminat juga boleh melihat figura bersaiz sebenar “Naruto” dan “Kakashi”, mengambil gambar cenderahati di green screen dengan watak AI, menghasilkan Shadow Clone Jutsu melalui aktiviti istimewa, dan banyak lagi
  • Semua pelanggan berpeluang membeli barangan edisi terhad
  • Peminat juga boleh mendapatkan tiket Pengalaman VR untuk bermain permainan interaktif melalui NARUTO×BORUTO VR yang mencipta semula Kampung Konoha yang mengasyikkan dan realistik.
Contoh gambar daripada pameran sebelum

Info NARUTO TV Animation 20th Anniversary Exhibition

  • Lokasi: Pavilion Bukit Jalil, Aras 2 @ Lot 2.87 (Orange Zone)
  • Tarikh: 7 Oktober 2023 – 31 Disember 2023
  • Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam (Setiap Hari)
  • Tempoh: 45 minit untuk satu lawatan

Untuk membeli tiket Exhibition SAHAJA, tekan SINI

Untuk membeli tiket Exhibition + VR Experience, tekan SINI

Promosi istimewa ‘early bird’ bermula 12 September – 5 Oktober 2023. Setiap pembelian tiket early bird akan layak untuk menebus Scratch Card untuk peluang memperoleh hadiah istimewa.


Untuk baca segala liputan kami tentang francais Naruto, sila tekan pautan ini.

Tags: Kuala LumpurnarutoNARUTO TV Animation 20th Anniversary Exhibition
ShareTweetSend
Previous Post

Preview Assassin’s Creed Mirage – Lebih fokus pada stealth, bukan bantai musuh semata-mata

Next Post

Unboxing Harry Potter: Magic Awakened Media Kit – Wingardium Leviosa!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Unboxing Harry Potter: Magic Awakened Media Kit – Wingardium Leviosa!

Unboxing Harry Potter: Magic Awakened Media Kit - Wingardium Leviosa!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd