Sebuah syarikat bernama Denuvo telah melancarkan teknologi anti-cheat mereka pada Game Developers Conference (GDC) dimana teknologi ini menghentikan manipulasi dan ekstrak data atau kod untuk memberikan kelebihan daripada pemain lain.
Syarikat induknya Irdeto mengesahkan, 77% pemain berkemungkinan berhenti terus daripada memainkan sesuatu game sekiranya mereka mendapati yang pemain lain tidak memainkan game tersebut berdasarkan peraturan yang sama. Pengarah Urusan Denuvo, Reinhard Blaukovitsch berkata yang “cheating” merosakkan game untuk pemain yang jujur dan juga mempunyai kesan yang besar dalam arena esport dimana hadiah-hadiah yang besar dipertandingkan.
Teknologi anti-cheat Denuvo menggunakan kombinasi keselamatan hardware yang terkini, digabungkan dengan machine learning yang mempelajari “game agnostic process metric” untuk mengesan dan membenteras pengguna cheat.
Mereka juga menjanjikan integrasi dengan teknologi mereka sangat mudah tanpa memerlukan API ataupun SDK.
Irdeto mengatakan bahawa penggunaan teknologi ini memberikan kesan yang minima kepada pemain dan menunjukkan komitmen syarikat berkenaan dalam mengekalkan ketelusan dan kelansungan esport.
Tema GDC tahun ini sememangnya relevan terhadap penggunaan cheat, di samping Irdeto, Google Stadia juga menyatakan bahawa platform mereka juga adalah kalis “cheat”.
Sumber: PCgamesn
@gamersantaimy
Discussion about this post