Sejak pengumuman mengenai musim terbaharu My Hero Academia pada Mac yang lalu, ramai peminat yang ternanti-nantikan tayangan anime tersebut. Ingatkan berita ini akan didedahkan semasa Jump Festa 2024, rupa-rupanya maklumat baharu didedahkan dahulu melalui jilid terbaharu majalah Weekly Shonen Jump. Seperti yang dibocorkan oleh leaker, siri anime My Hero Academia Season 7 akan ditayangkan pada musim bunga 2024 (anggaran April – Jun).
Melalui halaman yang dibocorkan itu, kita dapat melihat empat watak utama siri, Deku, Bakugo, Ochaco dan juga Todoroki. Masing-masing nampaknya bersedia untuk hadapi cabaran seterusnya.
Memandangkam musim yang lalu memperkenalkan kita kepada Star and Stripe, untuk My Hero Academia Season 7 kita akan lebih mengenali Pro Hero Amerika itu. Maka bermulalah arc baharu siri iaitu Star and Stripe arc yang membawa Pro Hero itu membantu Deku melawan All For One. Dalam arc ini juga, kita akan diperkenalkan dengan hero-hero lain daripada seluruh dunia. Arc ini tidaklah begitu panjang. Jika studio Bones menghasilkan 24 episod untuk musim baharu ini, ada kemungkinan besar kita akan melihat adaptasi arc U.A. Traitor.
Memandangkan Jump Fest 2024 akan berlangsung pada minggu depan, mungkin kita akan didedahkan dengan teaser atau visual baharu. Tidak sabar untuk menonton livestream itu nanti. Anda juga boleh menontonnya melalui saluran Youtube Jump pada 16 dan 17 Disember ini. Jangan risau kerana akan ada terjemahan bahasa Inggeris semasa livestream!
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai My Hero Academia daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post