Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kerajaan Negeri Pahang Mohon Persetujuan Pencipta Untuk Memorial Nanami, Ingin Jadi Tarikan Bagi Peminat Anime

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 7, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Kerajaan Negeri Pahang Mohon Persetujuan Pencipta Untuk Memorial Nanami, Ingin Jadi Tarikan Bagi Peminat Anime
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Kuantan telah menjadi sangat viral selepas Nanami Kento, salah satu watak paling disayangi di anime Jujutsu Kaisen, menyebut bahawa dia ingin menghabiskan riwayat hidupnya di sebuah pantai di Pahang, Malaysia. Selepas kejadian ini, kerajaan negeri Pahang memutuskan ingin bekerjasama dengan kerajaan Jepun untuk menetapkan pantai itu sebagai memorial rasmi untuk Nanami Kento di Peta Google.

Kredit: @thefaizzainal

Di Jujutsu Kaisen episod 42, peminat telah melihat kematian Nanami. Disebabkan popularitinya yang tinggi dan niatnya untuk hidup aman di Pahang, beberapa peminat Malaysia telah membina memorial di kawasan Pantai Kempadang.

Walaupun tidak disahkan secara rasmi, ramai menganggap Pantai Kempadang sebagai lokasi yang disebutkan oleh Nanami menerusi perbandingan adegan anime.

Kredit: Google Map
Kredit: MAPPA

Leong Yu Man selaku Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan, dan Kebudayaan, menyatakan bahawa kerajaan negeri sedang berusaha untuk berhubung dengan kerajaan Jepun untuk mendapatkan kebenaran daripada pencipta anime Gege Akutami untuk menandakan lokasi tersebut.

Menurutnya, pantai itu akan ditetapkan sebagai lokasi daftar masuk untuk penggemar anime dan monumen peringatan bagi menghormati watak Nanami Kento.

Dalam sesi soal jawab lisan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau berkata:

“Peminat anime ini telah menanda dalam peta Google sebagai tugu peringatan kepada watak Kento Nanami.”

“Jadi, kita berharap kerajaan negeri dapat endorsement (pengesahan) daripada penciptanya supaya pantai itu menjadi tarikan terbaharu buat peminat anime seluruh dunia.”

“Sebagai maklumat tambahan, nama ‘Kuantan’ trending selepas disebut dalam siri anime Jujutsu Kaisen sebelum ini, justeru kerajaan negeri akan mengambil kesempatan tersebut untuk mempromosikan pantai-pantai di Kuantan.”


Jika ingin tahu peristiwa penuh yang berlaku kepada Nanami, korang boleh baca artikel di SINI, di mana kami merumuskan semua maklumat supaya anda mudah faham.

Untuk baca segala liputan kami tentang berita-berita di Malaysia, sila tekan pautan ini.

Tags: animeJujutsu KaisenKuantanNanamiPahang
ShareTweetSend
Previous Post

Manga Origin oleh Pencipta Dr. Stone Bakal Dapat Adaptasi Live Action Hollywood!

Next Post

My Hero Academia Season 7 Bakal Tayang Pada Mei 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
My Hero Academia Season 7 Bakal Tayang Pada Mei 2024!

My Hero Academia Season 7 Bakal Tayang Pada Mei 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd