Respawn telah mengesahkan champion terbaru yang akan menyertai APex Legends. Pemain akan dapat menggunakan penggodam, Crypto dan senjata baru, barangan daripada battle pass dan perubahan besar kepada Ranked Mode apabila musim ketiganya yang dinamakan Meltdown tiba pada 1 Oktober nanti.
Khabar angin watak ini bukannya berasal daripada cinematic “Stories from the Outlands”. Nama Crypto dan kebolehannya pertama kali diberitahu oleh penggali data sebelum dia ditunjukkan dalam trailer pelancaran musim kedua. Watak ini telahpun membuat kemunculan sulungnya dalam game menerusi satu Easter egg dalam kawasan baru map Singh Labs. Cinematic ini mencadangkan Crpto tiba di Kings Canyon untuk menyelamatkan, atau menuntut bela kehilangan seorang kawan.
Meltdown juga bakal memperkenalkan sebuah senjata tenaga yag dikenali sebagai Charge Rifle dan Battle Pass yang telah dikemaskini dengan ganjaran baru.
Sumber: Kotaku
@gamersantaimy
Discussion about this post