Selepas hampir 5 tahun mendiamkan diri, anime “psychological thriller” Classroom of the Elite rasmi akan akan kembali untuk musim kedua.
“Kepada semua peminat Classroom of the Elite dari seluruh dunia. Terima kasih atas kesabaran anda. Sekuel anime TV ‘Classroom of the Elite’ sedang dalam pembikinan!”
Suzu Sakuragaoka selaku wakil promosi mengumumkan di Twitter.
Dia juga mengesahkan bahawa lebih banyak maklumat tentang Musim 2 akan didedahkan dalam acara siaran langsung khas di YouTube anime KADOKAWA pada 6 Mac. Digelar “Anime Project Presentation,” livestream itu akan menampilkan Shoya Chiba (Tribe Nine) dan Yurika Kubo (Love Live!), yang masing-masing meminjam suara kepada watak utama Kiyotaka Ayanokoji dan Kikyou Kushida.
Tweet itu juga menampilkan poster visual baru oleh Shunsaku Tomose, ilustrator bagi Classroom of the Elite versi novel ringan. Selain daripada Kiyotaka dan Kikyou, poster ini juga menampilkan watak lain termasuk Kakeru Ryuuen, antagonis utama bagi siri ini.
Ditulis oleh Shogo Kinugasa, berikut adalah sinopsis tentang Classroom of the Elite:
Pada masa hadapan yang jauh, kerajaan Jepun telah menubuhkan Tokyo Metropolitan Advanced Nuturing School yang berdedikasi untuk mendidik dan memupuk generasi muda bagi menyokong negara di masa akan datang.
Cerita ini mengisahkan tentang Kiyotaka Ayanokōji, seorang lelaki pendiam dan bersifat sederhana yang tidak begitu pandai berkawan dan lebih suka mengasingkan diri, tetapi mempunyai kebijaksanaan yang tiada tandingan. Dia merupakan pelajar kelas D, di mana pihak sekolah akan membuang pelajar yang pencapaiannya terlalu rendah.
Selepas bertemu dengan Suzune Horikita dan Kikyō Kushida, dua pelajar perempuan dalam kelas yang sama, situasi Kiyotaka mula berubah sehingga dia terlibat dalam banyak peristiwa “pelik”. Maka, musnahlah harapan dia untuk kehidupan sekolah yang normal.
Siri novel ringan Classroom of the Elite diterbitkan oleh MF Bunko J Media Factory pada 2015 dan sejak itu melonjak dalam populariti dengan lebih enam juta salinan dalam edaran buat masa ini. Adaptasi anime berdasarkan tiga jilid pertama telah dihasilkan oleh studio Lerche dan mula disiarkan dari 12 Julai hingga 27 September 2017, dengan jumlah keseluruhan 12 episod.
Seiji Kishi (Assassination Classroom, Danganronpa 3) dan Hiroyuki Hashimoto (Code Geass) berkhidmat sebagai pengarah untuk musim pertama, tetapi saya tidak pasti jika mereka akan kembali untuk Musim 2. Lebih banyak info (termasuk tarikh tayangan?) pasti akan diumumkan semasa acara siaran langsung. Buat masa ini, kita hanya mampu menunggu.
Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.
Source: Twitter
@gamersantaimy
Discussion about this post