Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Logo Street Fighter 6 hanyalah “stok fotografi” – Capcom kena kecam

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 22, 2022
in Artikel, Berita, Fighting
0 0
0
Logo Street Fighter 6 hanyalah “stok fotografi” – Capcom kena kecam
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom baru-baru ini mendedahkan Street Fighter 6 dengan teaser trailer rasmi. Gameplay tidak ditunjukkan, tetapi peminat tegar dapat melihat Ryu dan Luke saling berhadapan serta logo terbaru SF6. Selepas melihat dengan teliti, ramai yang sedar bahawa logo Street Fighter 6 seolah-olah diambil dari sumber ‘stok fotografi’. Ternyata, mereka betul.

Kisahnya begini; Capcom telah mengekalkan reka bentuk logonya secara konsisten sejak pengeluaran game pertama pada tahun 1987. Dibawah ada perbandingan logo lama:

Seperti yang korang dapat lihat, logo lama lebih berwarna-warni, ganas, dan menarik manakala logo terbaru mengambil reka bentuk minimalis yang agak “membosankan.”

Selain rupanya yang bikin kontroversi, kenapa ramai orang mengecam logo Street Fighter 6? Ini kerana ia kelihatan seperti gambar daripada stok fotografi. Stok fotografi pula bermaksud bekalan imej berlesen yang kita boleh beli untuk kegunaan spesifik. Menurut wartawan Aurich Lawson di Twitter, dia mendapati bahawa Capcom seolah-oleh betul membeli logo mereka di situ.

“Logo baru Street Fighter 6 berharga $80 di laman Adobe Stock. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Saya tahu ia generik, tetapi saya tidak sedar ia seteruk ini.

“Mereka mencari ‘SF’ pada laman bekalan logo dan membulatkan beberapa sudut dan menambah ‘6.’

https://twitter.com/aurich/status/1495847474103484416

Lawson merujuk kepada gambar di atas. Selain itu, dia juga memuat naik beberapa variasi lain berdasarkan logo sama dan memberitahu bahawa kita semua boleh mencipta logo untuk game sendiri.

Sebelum ini, Capcom telah dituduh mencuri karya seni di mana mereka didakwa mencuri gambar milik jurugambar Judy Juracek yang kemudian diubah suai untuk digunakan dalam logo Resident Evil 4. Kes ini sudah pun diselesaikan di luar mahkamah.

Apa pendapat anda tentang kes ini? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!

Tags: CapcomLogoStreet Fighter 6
Previous Post

Game mobile Digimon ReArise akan tamatkan servis pada April 2022

Next Post

Musim kedua anime ‘Classroom of the Elite’ rasmi dalam pembikinan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Musim kedua anime ‘Classroom of the Elite’ rasmi dalam pembikinan

Musim kedua anime 'Classroom of the Elite' rasmi dalam pembikinan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd